Semak kadar bantuan MYSARA anda layak terima untuk MYSARA 2024 dan baca panduan cara semak status permohonan anda disini!
Voucher Phone B40 & M40 Shopee
JUMLAH BANTUAN MYSARA 2024
Pada tahun lalu, pihak kerajaan memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai kelanjutan dari program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memberikan bantuan dalam bentuk bakul makanan dan keperluan asas.
Yang menarik, pemberian bantuan khas ini telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR pada tahun ini. Dengan peningkatan ini, lebih banyak rakyat akan dapat menerima manfaat yang disediakan oleh program tersebut.
Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB
KATEGORI KADAR BANTUAN MYSARA 2024
Kategori Penerima STR | Jumlah Bantuan |
Isi Rumah & Warga Emas | RM1,200 |
Bujang | RM600 |
Isi Rumah ‘Bukan’ | RM300 |
Bujang & Warga Emas ‘Bukan’ | RM150 |
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MYSARA
Tarikh Pelaksanaan | Negeri Terlibat | Kaedah Pelaksanaan SARA |
22 Januari 2024 | Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu | Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun MyKad penerima untuk pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara. |
28 Januari 2024 | Perlis, Perak, Pahang, Melaka, Johor | |
19 Februari 2024 – 12 Ogos 2024 | Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan | Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan BSN seluruh negara. |
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MYSARA 2024
- Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini, anda boleh memeriksa status kelayakan anda secara dalam talian.
- Panduan lengkap boleh didapati di laman web rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024).
- Perlu diingat bahawa program pemberian insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ia akan diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak.
RUJUKAN PENTING
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
- BANTUAN SUBSIDI RM2400 : Semak Kelayakan Disini!
- BANTUAN OKU 2024 : PAS PERJALAN PERCUMA
- Bantuan Kewangan Ibu Tunggal 2024 : Semak Kelayakan Sekarang !