Anda layak menerima hingga RM450 setiap bulan dengan bantuan MyKad B40! Ketahui cara memohon dengan mudah dan semak kelayakan anda sekarang.
Jangan lepaskan peluang istimewa ini – baca panduan lengkap di sini!
Sumbangan terbaru bantuan bulanan ini terhad diberikan kepada rakyat yang terdiri daripada kumpulan B40 yang berpendapatan rendah.
Ia bertujuan meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi isu peningkatan kos sara hidup.
Baca Juga : Program Dermasiswa B40 Telah Dibuka ! Mohon sebelum 15 Ogos disini !
Bantuan MyKad B40 RM450
Bantuan terbaru ini disalurkan menerusi dua gabungan bantuan, iaitu Bantuan Asas Rahmah (SARA) yang dirangka di bawah Kerajaan Pusat dan Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Kedua-duanya bertujuan khas untuk membantu golongan B40.
Cara Penerimaan Bantuan B40 RM450 Setiap Bulan 2024
Penerimaan bantuan bulanan adalah melalui dua cara:
- Penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) akan menerima bantuan secara tanpa tunai melalui MyKad.
- Penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) akan menerima bantuan secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet.
Jumlah Agihan Terbaru Bantuan B40 Setiap Bulan 2024
Berikut merupakan jumlah agihan bantuan terbaru untuk B40 setiap bulan:
Jenis Bantuan | Jumlah Agihan | Cara Penerimaan |
Bantuan Asas Rahmah (SARA) | RM100 (isi rumah) RM50 (bujang) | Melalui MyKad |
Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) | RM300 | Melalui e-Wallet |
Cara Mohon Bantuan MyKad B40 RM450
Ikuti cara permohonan melalui dua pautan portal rasmi yang berbeza seperti berikut:
1. Permohonan Bantuan Asas Rahmah (SARA)
Pautan Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada pautan rasmi di atas.
- Klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
Selesai.
Nota: Setelah permohonan berjaya dibuat, pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih.
2. Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS)
Pautan Portal Rasmi: https://www.bingkasselangor.com/
- Klik pada pautan rasmi di atas.
- Pada halaman utama BINGKAS, klik pada [Daftar Sekarang].
- Klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
- Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh: 0123456789.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
- Klik pada butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, log masuk mengikut akaun yang didaftarkan.
- Tekan butang [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Klik butang [Hantar].
‘Permohonan telah berjaya’.
Selesai.
Nota: Pemohon perlu memuat turun aplikasi Selangkah dan mengaktifkan akaun e-Wallet.
Rujukan
Segala maklumat di atas dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
Talian SARA: 03 7720 1800
Talian BINGKAS: 1800 22 6600
Penafian
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini.
Penulisan ini hanya bertujuan berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.