BANTUAN KHAS RAYA RM500: Bayaran telah dikreditkan 

Bantuan khas raya sebanyak RM500 telah dikreditkan ke akaun penerima secara satu kali bayar. Untuk pengetahuan umum, inisiatif istimewa ini adalah sebahagian daripada bantuan yang dibayar pada bulan April 2024.

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

BANTUAN KHAS RAYA RM500

Minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pelaksanaan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri. Program tambahan bantuan ini dirancang sempena menyambut hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Semasa berucap di Majlis perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bantuan sebesar RM250 dan RM500 kepada penerima yang layak.

 

SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS RAYA 2024

RM500 akan diberikan kepada:

  • Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 5 April.
  • Pegawai lantikan Contract of Service (COS).
  • Pegawai sambilan harian.
  • Pegawai lantikan MySTEP.

 

RM250 akan diberikan kepada:

  • Pesara kerajaan.
  •  Veteran berpencen.
  • Veteran tidak berpencen.

 

Selain itu, BKKA 2024 juga layak diterima oleh:

 

  • Pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh.
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji.
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji.

 

Pegawai yang dipinjamkan ke agensi lain, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya.

 

Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai tersebut.

 

Berdasarkan kenyataannya, BKKA 2024 juga akan diberikan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih dalam perkhidmatan pada 5 April dan dilantik sebelum tarikh tersebut.

 

Di samping itu, BKKA 2024 juga boleh diterima oleh:

 

  • Guru interim
  • Pemandu yang dilantik secara peribadi oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang memenuhi syarat, tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatan mereka.
  • Pemandu yang dilantik secara peribadi oleh anggota pentadbiran, hakim, dan pesuruhjaya kehakiman.

 

KERAJAAN NEGERI YANG MEMBERI BANTUAN KHAS AIDILFITRI

 

  • KELANTAN

Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud telah mengumumkan pemberian sebanyak RM500 kepada penjawat awam yang berada di Gred 56 dan ke bawah.

  • KEDAH

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor telah mengumumkan bahawa sebanyak RM500 akan diberikan kepada 5,221 penjawat awam, dengan pembayaran dijadualkan pada Isnin. Langkah ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2.61 juta.

  • PERLIS

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bonus raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri yang berada di Gred 56 dan ke bawah, dan juga RM250 kepada pesara kerajaan negeri. Pembayaran akan dilakukan sebelum sambutan Aidilfitri.

Selain itu, pemberian bonus juga dipanjangkan kepada kakitangan yang dilantik secara kontrak, dengan jumlah keseluruhan peruntukan kewangan sebanyak RM650,000.

Sumber : SINAR HARIAN

 

BACAAN LAIN

 

Leave a Comment