Semak Kelayakan anda untuk menerima Bantuan Khas Kewangan RM 1000 disini.
Sempena Hari Raya Aidilfitri, penjawat awam di Selangor akan menerima gaji sebulan atau Bantuan Khas Kewangan (BKK).
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin mengumumkan bantuan kewangan khas sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 kepada kakitangan perkhidmatan kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidilfitri.
“Semalam saya periksa kutipan hasil negeri. Setakat ini, kita (kerajaan negeri) sudah berjaya mengutip RM700 juta dan saya optimis ia boleh capai sasaran RM2.2 billion,” Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Ramadhan Madani Menteri dan Penjawat Awam Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Beliau berkata pemberian itu diberikan selepas melihat hasil cukai negeri setakat ini berada di landasan yang betul.
“Selain itu bagi pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, kampung baru dan ketua komuniti India, Setiausaha MPKK, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menerima sebulan elaun.”
“Penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal untuk semua masjid serta guru rakyat yang bekerja bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula akan menerima bantuan khas RM500,”
Amirudin berkata, bantuan khas membabitkan impak kewangan kira-kira RM45 juta itu akan disalurkan pada 8 April tahun depan.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KHAS KEWANGAN
- Penjawat Awam Negeri Selangor
- Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
- Setiausaha MPKK
- Pegawai Perhubungan Kampung/Kampung Baru/Ketua Komuniti India
- Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS)
- Penggerak Belia Selangor (PeBS)
- Penggerak Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (Nazir, imam rawatib, siak, bilal, guru rakyat)
Sumber : Astro Awani
RUJUKAN PENTING
- Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari
- Laman Rasmi YAB DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
- Bantuan Khas Aidilfitri RM1200
- RM 1000 Tambahan untuk Penerima STR
- BANTUAN STR 2024 SEHINGGA RM 2000
- MySalam 2024: RM50 Sehari dan RM 8,000 Setahun
- Bantuan e-Wallet RM300 Untuk B40 & M40