Panduan untuk menyemak BANTUAN EWALLET RM300 untuk golongan B40. Rujuk artikel ini untuk cara-cara menyemak!
PENGENALAN BANTUAN EWALLET RM 300
Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang disalurkan melalui aplikasi e-Wallet. Bantuan ini ditujukan khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan dan pembayaran tanpa tunai (cashless) hanya menggunakan aplikasi e-Wallet.
KADAR PERUNTUKAN BANTUAN EWALLET
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM108 juta setahun untuk 30,000 penerima yang memenuhi syarat kelayakan setiap tahun. Bantuan sebanyak RM300 dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet penerima setiap bulan.
KELEBIHAN BANTUAN EWALLET
Kelebihan bagi penerima Bantuan eWallet B40 RM300 pada tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Setiap bulan, Kerajaan akan menambah nilai RM300 secara automatik ke dalam aplikasi e-Wallet penerima.
- Baki yang tidak digunakan pada bulan sebelumnya akan dibawa ke bulan seterusnya.
- Bantuan dalam aplikasi e-Wallet boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
- Urusniaga pembelian dilakukan secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
CARA SEMAK STATUS BANTUAN EWALLET RM 300
Untuk membuat semakan status permohonan atau pendaftaran bantuan BINGKAS, ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pada pautan semakan status di sini: SEMAKAN STATUS
- Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
- Pada halaman BINGKAS, klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon yang telah didaftarkan dengan aplikasi SELANGKAH.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Pergi ke bahagian semakan untuk melihat status permohonan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM 300
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Pendapatan isi rumah perlu di bawah RM3,000 (B40).
- Isi rumah perlu mempunyai tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah.
- Pemohon perlu dilahirkan di Selangor atau menetap di Selangor selama lebih dari 10 tahun.
- Pemohon juga perlu berdaftar sebagai pengundi.
Nota: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang layak akan diberitahu melalui e-mel.
RUJUKAN PENTING
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat sebarang pertanyaan mengenai BINGKAS, sila rujuk portal rasmi BINGKAS