RM1800 dalam MyKad untuk B40 dan M40 – Cara Mohon disini

RM1800 dalam MyKad untuk anda yang layak! Khas untuk golongan B40 dan M40, jangan lepaskan peluang ini. Mohon segera dengan cara yang senang dan cepat.

Baca Juga : Anda Boleh Dapat RM300 e-Wallet Setiap Bulan 

RM1800 dalam MyKad untuk B40 dan M40

RM1800 dalam MyKad

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Pembelian barangan dapur amat digalakkan kerana ia adalah keperluan asas yang wajib. Namun, harga sesetengah barangan dapur yang terus meningkat membuatkan sebilangan rakyat tidak mampu untuk membelinya. Oleh itu, Kerajaan memperkenalkan bantuan khusus melalui MyKad untuk rakyat membeli barangan dapur.

Bagaimanakah cara untuk menyemak penerima bantuan dalam MyKad beli barang dapur RM1800? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

KADAR BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024

Kerajaan akan memberikan Bantuan kepada penerima yang layak untuk membeli barangan dapur:

Kategori Bujang:

Kelayakan PenerimaKadar Bantuan Dalam MyKad
Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun)RM600 setahun
Bujang (Umur 60 tahun ke atas)RM1,200 setahun

Kategori Berkahwin:

Kelayakan PenerimaKadar Bantuan Dalam MyKad
Berpasangan (Ada atau tiada anak)RM1,200 setahun
Tunggal (Ada anak)RM1,200 setahun

SENARAI BARANG DAPUR BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Berikut adalah senarai barangan dapur yang boleh dibeli menggunakan Bantuan dalam MyKad:

  • Beras: Jasmine, Jati, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, dan lain-lain.
  • Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White.
  • Telur: Nutriplus, QL eggs, CP.
  • Minyak Masak: Sri Murni, Saji, Alif, Daisy, Buruh, Knife, Vesawit.
  • Tepung: Cap Sauh, Cap Lili, Faiza, Cap Ros, BlueKey.
  • Biskut: Julie’s, Tiger, Munchy’s, Chipsmore, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng.
  • Mi segera: Indo Mie, Mamee, Maggi, Cintan, Mi Sedap.
  • Minuman: Tea Boh, Milo, Dutch Lady, F&N, Nescafe, Horlicks, Vico, Marigold, Quaker, Fernleaf.
  • Makanan dalam tin: Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC Boy, King Cup.
  • Bahan perasa: Sos Puteri, Kimball, Life, Jalen, Cap Kipas Udang, Tamin, Maggi, Faiza, Planta.

CARA MEMBELI BARANG DAPUR DENGAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Hanya penerima yang sah boleh membeli barangan dapur menggunakan MyKad dengan langkah-langkah berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih.
  2. Pilih barangan dapur yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan dapur yang dipilih.
  5. Masukkan nombor PIN MyKad (6-digit) untuk pengesahan bayaran.
  6. Sekiranya baki mencukupi, transaksi pembelian akan disahkan.

HAD PENGGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024

Baki elaun bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

SEMAK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD BELI BARANG DAPUR RM1800 2024

Langkah-langkah untuk menyemak penerima Bantuan dalam MyKad:

  1. Klik pada pautan Portal Rasmi: https://mykasih.com.my/
  2. Paparan skrin akan terbuka pada bahagian utama portal.
  3. Klik pada [SEMAK STATUS] untuk ke bahagian semakan.
  4. Masukkan nombor MyKad dalam format yang diperlukan (contoh: 670230115678).
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan, sila rujuk pihak berwajib berikut:

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri bertujuan untuk memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Baca Juga :  RM100 Dikreditkan Setiap Bulan Melalui MySARA 2024

Leave a Comment