Resepi Terung Goreng Berlado yang mudah ini pasti buat anda ketagih makan!

Resepi Terung Goreng Berlado ini cukup mudah tetapi pasti buat anda ketagih! Kenapa ramai tidak berhenti mencuba resepi ini? Anda tidak akan percaya rahsia di sebalik rasanya yang luar biasa!

Terung Goreng Berlada

Resepi Terung Goreng Berlado yang mudah ini pasti buat anda ketagih makan!

 

Hari tu cuba buat terung goreng berlado guna resepi biasa, tapi hasilnya sangat mengecewakan. Terungnya lembik, rasanya pun kurang power. Sampailah jumpa resepi baru ni, tak sangka terung goreng boleh jadi se-sedap ni! Masa pertama kali rasa, terus teringat rasa terung goreng berlada kat kedai.

Punyalah seronok, sanggup makan bertambah-tambah. Kalau dulu terung selalu disisihkan, lepas ni confirm jadi hidangan kegemaran keluarga. Anda tak cuba, memang rugi! Rasa macam chef hotel yang masak dalam dapur sendiri! Jangan tunggu lagi, cuba resepi ni dan rasai sendiri kehebatannya!

 

Resepi Pertama Terung Goreng Berlado

Bahan-bahan:
  • 4 biji terung panjang, saiz besar
  • minyak masak

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 10 biji cili besar merah
  • 8 biji cili padi merah
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit ikan bilis
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih

 

Cara Penyediaan:
  • Belah dua terung dan potong dua. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
  • Angkat terung dan ketepikan.
  • Buang sedikit minyak gorengan terung tadi dan tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
  • Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

 

Tips Masakan:
  • Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tidak masak sepenuhnya.
  • Asam gelugor boleh digantikan dengan air asam jawa.
  • Ikan bilis boleh digantikan dengan udang kering atau tidak perlu menggunakan kedua bahan ini jika vegetarian.
  • Cili padi boleh dilebihkan jika sukakan sambal yang pedas dan sebaliknya.
  • Jika tidak mahukan sambal terlalu pedas , boleh gunakan cili padi hijau kerana rasanya tidak terlalu pedas.

 

 

Resepi Kedua Terung Goreng Berlada

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

 

Bahan-bahan:
  • 2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
  • 2 mangkuk minyak masak

 

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 8-10 biji cili merah segar
  • 7-8 biji cili melaka, yang berwarna merah kalau tak ada boleh campur hijau
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih

 

Cara Penyediaan:
  1. Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
  3. Angkat terung dan ketepikan.
  4. Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  5. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
  6. Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang

 

Tips Masakan:
  • Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
  • Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.

 

 

Sumber:

 

Rujuk Resepi Lain:

Leave a Comment