Bantuan Pendidikan RM500 untuk Pelajar IPT: Panduan Lengkap Permohonan Skim YPJ

Ketahui bagaimana anda boleh mendapat BANTUAN PENDIDIKAN  RM500 untuk pendaftaran IPT anda dengan Skim Bantuan Pendidkan YPJ 2024 ! Langkah mudah untuk memohon dan tempoh permohonan yang singkat – klik untuk maklumat lanjut!

Info Lanjut Bantuan IPT YPJ : Skim Bantuan Pendaftaran IPT (YPJ) 

BANTUAN PENDIDIKAN YPJ

BANTUAN PENDIDIKAN

Permohonan untuk Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi tahun 2024 akan dibuka dari 3 Julai 2024 hingga 20 Ogos 2024. Skim ini diwujudkan untuk membantu pelajar baharu yang layak dengan bantuan one-off sebanyak RM500. Kerajaan Johor berharap bantuan ini dapat mengurangkan beban kewangan anak-anak Johor yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih.

Syarat Am Permohonan Bantuan Pendidikan YPJ

  1. Asal Johor: Pemohon mestilah lahir atau menetap di Negeri Johor.
  2. Pengajian: Permohonan dibuka kepada pelajar semester pertama bagi program Asasi, Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, serta Kolej di bawah KP YPJ yang memulakan pengajian dari Jan 2024 hingga Dis 2024.
  3. Tempoh Pengajian: Kursus yang diikuti sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.
  4. Bantuan Lain: Pemohon tidak menerima mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi lain.
  5. Kali Pertama: Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja mengikut sesuatu tahap pengajian.
  6. Pendapatan: Tiada had pendapatan untuk ibu bapa atau penjaga.
  7. Borang Sokongan SBP: Pemohon wajib mengisi Borang Sokongan SBP dan mendapatkan tandatangan serta cop pengesahan di kawasan DUN masing-masing.
  8. Kelulusan YPJ: Permohonan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.

Dokumen Wajib

Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/ Kolej Yayasan Pelajaran Johor/ Kolej Komuniti
  5. Salinan Akaun Bank Pelajar (Nombor akaun bank)
  6. Borang Sokongan SBP yang telah disahkan dan ditandatangan oleh Pusat Khidmat DUN masing-masing

Nota: Pengesahan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Gred 41 & ke atas/Pegawai Kategori A/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK atau yang setaraf dengannya.

Tatacara Membuat Permohonan Bantuan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun Borang Sokongan SBP.
  2. Pastikan Borang Sokongan SBP mempunyai cop pengesahan dan tandatangan dari Pusat Khidmat DUN masing-masing.
  3. Layari Portal Permohonan SBP 2024 di portal https://bantuan-ypj.com.
  4. Klik “Daftar” dan isikan segala maklumat yang dikehendaki.
  5. Muat naik dokumen-dokumen sokongan permohonan.
  6. Selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT Johor, anda boleh merujuk medium berikut:

Jangan lepaskan peluang ini untuk meringankan beban kewangan anda dalam melanjutkan pengajian di IPT! Mohon sekarang dan semak kelayakan anda.

Baca Juga : Panduan Mudah Semak Keputusan PSPM 

Leave a Comment