Skim Bantuan Pendaftaran IPT (YPJ) – Semua peringkat pengajian layak mohon!

Dapatkan maklumat terkini tentang Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk pelajar Asasi, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda. Ketahui syarat, dokumen wajib, dan cara permohonan di sini. Mohon sekarang untuk kemudahan pendidikan anda di IPTA dan kolej komuniti.

Baca Juga : Semakan Permohonan dan Keputusan Kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM)

BANTUAN PENDAFTARAN IPT

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Syarat Am Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT

  1. Pemohon mestilah lahir atau menetap di Negeri Johor.
  2. Permohonan dibuka untuk pelajar semester pertama program Asasi, Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, dan Kolej di bawah KP YPJ dalam tempoh Januari 2024 – Disember 2024.
  3. Tempoh kursus yang diikuti mestilah sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.
  4. Pemohon tidak menerima bantuan pendaftaran dari mana-mana agensi lain.
  5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja untuk setiap tahap pengajian.
  6. Tiada had pendapatan ibu bapa atau penjaga.
  7. Pemohon wajib mengisi Borang Sokongan SBP, yang boleh dimuat turun dan ditandatangani serta disahkan oleh wakil DUN masing-masing.
  8. Permohonan bantuan ini tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.

Dokumen Wajib Permohonan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar.
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor, atau Kolej Komuniti.
  5. Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar (beserta nombor akaun).
  6. Borang Sokongan SBP yang telah disahkan dan ditandatangani oleh Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Pengesahan Dokumen


Dokumen-dokumen sokongan mesti disahkan oleh Pegawai Profesional Gred 41 ke atas, Pegawai Kategori A, Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, atau individu setaraf.

Cara Hantar Dokumen Permohonan dan Sokongan

  1. Muat turun Borang Sokongan SBP.
  2. Pastikan Borang Sokongan SBP telah disahkan dan ditandatangani oleh Pusat Khidmat DUN masing-masing.
  3. Layari Portal Permohonan SBP 2024 di https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp.
  4. Klik “DAFTAR” dan isikan segala maklumat yang diperlukan.
  5. Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan.
  6. Klik “SELESAI” untuk melengkapkan permohonan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak Yayasan Pelajaran Johor.

Klik di sini untuk mohon: Permohonan SBP 2024

Penafian

Yayasan Pelajaran Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Rujukan kepada syarikat-syarikat dalam laman web tidak bermakna syarikat tersebut disyorkan oleh Yayasan Pelajaran Johor.

Baca Juga : Bantuan Kemasukan Asrama Penuh untuk B40

Leave a Comment