Biskut Almond London: Resepi tradisi yang gebu dan cair dalam mulut!

Adakah anda pernah berimaginasi menggigit biskut almond yang disaluti coklat lembut, dan diakhiri dengan rasa kacang yang kaya? Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenikmatan ini di rumah.

Mari belajar Resepi Biskut Almond London, dan buat setiap gigitan menjadi momen yang tak terlupakan.

Resepi Biskut Almond London

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Biskut Almond London: Resepi tradisi yang gebu dan cair dalam mulut!

 

Bayangkan aroma mentega yang sedang dicairkan perlahan, bercampur dengan kacang almond yang telah dipanggang keemasan, menghiasi ruang dapur anda. Ini bukan sekadar gambaran biasa, tetapi permulaan kepada penciptaan mahakarya kulinari yang akan memikat jiwa setiap peminat biskut iaitu Biskut Almond London.

Resepi yang akan kita terokai tidak hanya menghidangkan kekayaan rasa, tetapi juga sebuah pengalaman yang mempertemukan tradisi dan kenikmatan pada setiap gigitannya. Bersiaplah untuk menyelami rahsia di balik bisikan kegembiraan yang ditawarkan oleh bsikut yang penuh perisa ini.

 

Resepi Pertama Biskut Almond London

  • Masa Penyediaan: 1 jam 30 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 125 biji biskut

 

 

Anggaran hasil : 125 biji biskut

Bakar pada : 170 °C selama 10-15 minit, API ATAS BAWAH

Coklat masakan : Guna Beryl’s (dark or milk compound.. Dua-dua boleh)

Nota: 

  • Bakar almond pada suhu 150°C, selama anggaran 10 min. Badam cincang/almond nibs masak lebih cepat dari biji badam/whole almond
  • Boleh ganti majerin (Planta atau brand lain)

 

Bahan-bahan:
  • 250g biji badam
  • 100g badam cincang
  • 250g mentega
  • 94g / 3/4 cawan icing sugar
  • 2 biji kuning telur
  • 250g /2 cawan tepung gandum
  • 200g / 4/5 cawan tepung jagung (ATAU 3/4 cawan + 1 sudu besar tepung jagung)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 50g / 1 1/3 serbuk kepingan jagung atau boleh ganti serbuk badam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 500g coklat masakan (milk atau dark chocolate compound)
  • 1-2 sudu besar shortening

 

Cara Penyediaan:
  1. Bakar badam dan badam cincang.
  2. Bakar biji badam pada suhu 150 °C selama 10 min.
  3. Badam cincang masak lebih cepat dari biji badam, jadi keluarkan lebih awal.
  4. Kisar halus cornflake.
  5. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras.
  6. Pukul butter dengan gula ising.
  7. Masukkan telur kuning.
  8. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
  9. Masukkan serbuk cornflake dan susu tepung.
  10. Uli sehingga dapat adunan yang lembut dan mudah dibentuk.
  11. Rehat doh 10 minit.
  12. Bentukkan doh, cubit sikit, leperkan, letakkan badan di tengah dan tutup.
  13. Uli memanjang (dalam 2 cm panjang).
  14. Susun atas dulang yang telah digris dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  15. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit pada suhu 170 °C.
  16. Bila dah siap bakar, keluarkan dan sejukkan atas cooling rack.
  17. Cairkan coklat masakkan mengunnakan teknik double boil.
  18. Tambah lemak sayuran atau shortening kedalam coklat tadi.
  19. Bila cair sempurna angkat dan bolehlah celupkan biskut tadi.
  20. Celupkan biskut tadi mengunnakan penyepit dan masukkan kedalam cawan kertas.
  21. Anda boleh tuang coklat kedalam cawan kertas, ikut cara mana yang anda suka.
  22. Tabur dengan badam cincang dan sejukkan sepehunyan dulu sampai coklat beku sebelum masukkan kedalam balang kedap udara.

 

Tip Masakan:
  • Panggang badam hingga naik bau minyak badam dan alih-alihkan dalam oven sekali masa tengah bakar.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kedua Biskut Almond London

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 25 minit
  • Jumlah Hidangan: 48 biji

 

 

Bahan-bahan:
  • 250 gram mentega, saya gunakan jenama Anchor
  • 450 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 gram badam, dibakar seketika dalam oven

 

  • Bahan untuk disalut
    • 450 gram coklat masakan, saya guna jenama Bagus
    • 1/2 sudu besar lemak sayur
    • Badam cincang, dibakar dlm oven /disangai seketika
    • Paper cup bersaiz kecil

 

Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung gandum bersama emplex.
  2. Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati, kemudian masukkan telur kuning dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan emplex yang diayak tadi, kacau sebati.
  4. Ambil sedikit doh, dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang sehingga habis adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20-25 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  7. Untuk bahan salut, gunakan kaedah double boil, panaskan coklat sehingga cair dan masukkan lemak sayur. Kacau sebati.
  8. Ambil biskut yg sudah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat kemudian masukkan ke dalam paper cup. Sudukan sedikit coklat kedalam paper cup supaya memenuhi ruang kosong yang ada.
  9. Tabur/hiaskan dengan badam cincang dan susun rapat supaya paper cup menjadi bentuk bujur apabila sejuk.

 

Sumber: Che Nom

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment