Pikat selera keluarga dengan resepi Nasi Minyak Kenduri ini, confirm licin!

Siapa sangka, rahsia di sebalik Nasi Minyak yang memikat ini telah menjadi kegemaran ramai! Terokai resepi famous yang dijamin akan memukau lidah dan menambahkan sentuhan istimewa pada setiap kenduri!

Jom baca resepi ini!

Resepi Nasi Minyak

Pikat selera keluarga dengan resepi Nasi Minyak Kenduri ini, confirm licin!

 

Pernah tak rasa kecewa bila masak nasi minyak, tapi hasilnya lembik dan tak berasa? Kami faham perasaan tu! Kali ni, kami ada resepi rahsia yang gerenti menjadi, hasilnya sebiji-sebiji dan lembut seperti di kenduri kahwin. Hari tu, kami cuba masak nasi minyak guna resepi biasa, tapi hasilnya mengecewakan — nasi melekat dan rasanya hambar.

Selepas jumpa resepi ini, kami cuba sekali lagi dan hasilnya perghhh… macam makan nasi minyak di hotel lima bintang! Aroma rempah dan rasa lemaknya memang padu. Tak sangka, resepi mudah ni boleh buat nasi minyak secantik dan sesedap ini. Tak rugi masa mencuba, malah buat keluarga dan tetamu terpegun!

 

Resepi Nasi Minyak

  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan

 

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan nasi minyak:
    • 3 cawan beras basmathi
    • 3 1/2 cawan air
    • 1 cawan susu cair
    • 3 sudu besar minyak sapi
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1/2 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang merah
    • 2 inci halia
    • 1 helai daun pandan
    • Rempah 4 sekawan
    • 1/4 cawan kismis
    • 1 sudu kecil gula
    • Garam secukup rasa
    • Pewarna kuning/oren
    • Bawang goreng
    • Gajus
    • Daun ketumbar

 

  • Bahan-bahan rempah 4 sekawan:
    • 1 batang kayu manis
    • 4 biji buah pelaga
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 1 kuntum bunga lawang

 

Cara Penyediaan:
    1. Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
    2. Daun pandan carik dan simpul.
    3. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih
    4. Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
    5. Panaskan minyak sapi dan minyak masak
    6. Tumis rempah 4 sekawan.
    7. Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
    8. Masukkan kismis dan kacau sekejap.
    9. Masukkan beras dan goreng sekejap.
    10. Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
    11. Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
    12. Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit.
    13. Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
    14. Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
    15. Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.

 

Tip Masakan:
  • Gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair.
  • Untuk dapatkan nasi yang tak melekat dan sebiji-sebiji berderai, Che Nom goreng dulu beras masa menumis, beras akan bersalut rata dengan minyak sebelum kita masukkan air.

 

Rujukan video penyediaan

 

 Resepi Acar Jelatah

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 8 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji nenas
  • 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 8 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula
  • sedikit garam

 

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
  2. Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Hiris nipis
  3. Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
  4. Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata. Siap dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri selepas dibancuh bersama cuka dan bahan2 lain.

 

 

 Resepi Ayam Masak Merah

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 6-8 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan A:
    • 2 biji bawang besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 1 batang serai
    • 20-25 biji cili kering

 

  • Bahan-bahan B:
    • 1 ekor ayam
    • 2 sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 biji bawang besar
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 1-2 helai daun pandan
    • 2-3 sudu besar gula melaka
    • 2 biji tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 4 sudu besar puri tomato
    • 1 biji bawang besar/holland
    • Serbuk seasoning, jika suka
    • Daun sup
    • 1/3 cawan susu cair

 

Cara Penyediaan:
    1. Potong kasar bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Serai nipis (supaya halus elok bila masak nanti).
    2. Cili kering rebus sehingga lembut, toskan air dan buang biji.
    3. Kisar halus bahan potong, cili kering dan air (air anggaran separuh tenggelam bahan).
    4. Hiris nipis bawang besar dan daun sup, potong kasar tomato dan potong membulat bawang holland.
    5. Perap ayam dengan garam dan kunyit.
    6. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
    7. Tumis rempah 2 sekawan (kulit kayu manis dan bunga lawang), bawang besar dan daun pandan. Tumis sampai bawang lembut.
    8. Masukkan bahan kisar halus dan air. Masak sampai sambal kering dan pecah minyak.
    9. Masukkan gula melaka dan hirisan tomato. Kacau sebati.
    10. Masukkan ayam goreng dan tomato puri. Masak sampai ayam meresap kuah sambal.
    11. Tambah garam, sos tiram, serbuk seasoning (pilihan) dan susu cair.
    12. Tabur daun sup dan hirisan bawang holland. Kacau sekejap kemudian terus tutup api.

 

Tip Masakan:
  • Kalau kuali kecil, goreng ayam sikit-sikit. Penuh sangat nanti lambat pulak nak masak sebab suhu minyak dah drop jadi sejuk.
  • Tak perlu masukkan air asam jawa untuk resepi ni sebab tomato dan tomato puri dah cukup masam.

 

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kuah Dalca

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 6 orang

 

Bahan-bahan:
  • 350 gram daging
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 150 gram kacang dhal
  • 3 biji kentang, kupas kulit dan potong 4
  • 2 biji cili hijau
  • 4 batang kacang panjang, potong panjang 2 inci
  • 4 biji terung bulat, potong 4
  • 1 biji tomato, potong 4
  • 1 biji karot, potong memanjang
  • 2 tangkai daun kari

 

  • Bahan untuk kisar halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 biji bawang besar

 

  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 2 biji bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga

 

Cara Penyediaan:
    1. Rebus kacang dhal sehingga lembut.
    2. Rebus daging sehingga lembut dan hiris nipis. Jangan buang airnya.
    3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
    4. Masukkan daging dan air rebusannya, kacang dalca, karot, kentang, cili hijau, asam keping dan juga santan cair. Masak sehingga sayur empuk.
    5. Masukkan santan pekat, tomato dan terung bulat dan masak sehingga lembut.
    6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
    7. Angkat dan hidangkan

 

Tip Masakan:
  • Rempah haruslah dimasak di atas api perlahan sehingga betul pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering kerana takut hangus.

 

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment