Siapa sangka membuat Onde Onde yang sedap, gebu, dan manis ini sebenarnya senang sahaja! Jom pelajari rahsia resepi yang akan memikat hati dan lidah anda dalam sekelip mata.
Baca resepi onde onde yang mudah disini!
Resepi Onde Onde yang mudah : Sedap, gebu dan manis!
Di Malaysia, Kuih Onde Onde dianggap sebagai salah satu warisan kulinari yang mencerminkan kekayaan budaya dan kepelbagaian masakan negara. Sebagai sebahagian dari keluarga besar kuih Melayu, Onde Onde memberi sentuhan manis dalam pelbagai perayaan dan majlis keramaian.
Onde Onde memikat selera dengan teksturnya yang kenyal dan inti gula melaka yang meleleh, disalut oleh lapisan kelapa parut yang menambah kekayaan rasanya. Ia lebih daripada sekadar hidangan, ia adalah simbol kemesraan dan kebaikan, dihidangkan sebagai bentuk penghargaan kepada tetamu dan anggota keluarga. Bukan sahaja kuih ini popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, ia juga dianggap sebagai sebahagian daripada identiti negara
Resepi Onde Onde
- Masa Penyediaan: 20 minit
- Masa Memasak: 10 minit
- Jumlah Hidangan: 4 orang
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk jus pandan:
- 5-6 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan air
- Bahan-bahan lain:
- 1 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum
- 1/4 sudu kecil pewarna hijau
- gula nisan/ gula melaka secukupnya
- air rebusan secukupnya
- 1/2 biji kelapa parut
- garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Gunting kasar daun pandan, bland dengan air dan tapis dan ambil airnya.
- Masukkan tepung pulut dan tepung beras,
- Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit.
- Masukkan pewarna hijau (optional).
- Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan.
- Potong kepada kiub kecil gula nisan @ gula melaka.
- Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama).
- Kemudian ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.
- Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan sekata.
- Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya tidak padat sangat dan ada ruang untuk buah melaka timbul bila masak nanti.
- Api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas.
- Bila dah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.
Tip Masakan:
- Doh jangan sikit sangat takut pecah keluar air gula bila rebus nanti.
Kukus kelapa seketika supaya onde-onde tahan lama dan tidak cepat basi.
Sumber: Che Nom