Resepi Sup Ayam mudah yang buat suami tak sabar nak balik rumah!

Nak tahu rahsia seorang isteri buat suami tergoda dengan aroma dari dapur?

Resepi sup ayam mudah ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga mampu buat suami anda tak sabar-sabar nak balik kerja! Ketahui bahan-bahan dan langkah-langkah magis yang menjanjikan senyuman manis di wajah suami tercinta.

Resepi Sup Ayam

Resepi Sup Ayam mudah yang buat suami tak sabar nak balik rumah!

 

Pada minggu lepas, saya cuba masak sup ayam guna resepi biasa saya. Rasanya, hmm… boleh lah. Tapi tak cukup ‘umph’. Tapi kali ni, lepas jumpa resepi baru ni, memang lain macam hasilnya! Kuah sup ayam ni pekat, ayamnya lembut dan penuh dengan rasa. Serius, macam makan di restoran lima bintang! Anak-anak dan suami pun tak henti-henti tambah sampai licin periuk. Tak sia-sia cuba resepi ni, confirm berbaloi cuba! Anda mesti cuba sendiri dan rasai perbezaannya. Jangan terkejut kalau tetamu sampai minta resepi lepas ni!

Resepi Sup Ayam Biasa

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan:
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 3 sudu besar minyak masak
    • Sup bunjut
    • 1/2 ekor ayam
    • 1/2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada hitam
    • Air secukupnya
    • 1/2-1 batang lobak merah
    • 2 biji kentang
    • Daun sup
    • 1/2 kiub pati ayam
    • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk sup ayam:

    1. Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk halus
    2. Potong lobak merah dan kentang. Kemudain rendam dalam air.
    3. Potong daun sup dan asingkan batang dan daun.
    4. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk halus sampai naik bau.
    5. Masukkan sup bunjut dan ayam. Tutup kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit perang.
    6. Masukkan batang daun sup, serbuk lada sulah ataupun lada hitam. Kacau sebati.
    7. Masukkan air (agak-agak tenggelam ayam atau lebihkan kalau nak lebih kuah).
    8. Boleh masukkan kentang dan lobak merah, kemudian masak sampai ayam dan kentang masak.
    9. Masukkan kiub pati ayam dan garam.
    10. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

 

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Rujukan video untuk penyediaan Sup Ayam:

 

Resepi Sup Ayam Berempah

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil
  • sedikit minyak untuk menumis

 

  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 5 biji buah pelaga
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2-3 tangkai cengkih

 

  • Bahan untuk dikisar halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 ulas bawang merah
    • 2 biji buah keras
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil jintan putih

 

  • Bahan-bahan untik dipotong dadu besar:
    • 1/2 batang lobak merah
    • 2 biji kentang sederhana besar
    • tomato (potong 4)
    • celery, jika suka

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Kacau perlahan sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau, tutup periuk dan biar sebentar.
  4. Kemudian masukkan air, lebih kurang 3-4 cawan atau agak-agak sehingga air tenggelam isi ayam. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  7. Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng apabila dihidang.
Rujukan video penyediaan:

Resepi Sup Ayam Thai

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 cengkih
    • 1 sudu besar lada hitam biji

 

  • Bahan-bahan lain:
    • 3-4 sudu besar minyak masak
    • 1-2 biji bawang merah
    • 4-5 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 batang serai
    • Daun ketumbar
    • 1.4 kilo/ 1 ekor ayam
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 1 batang lobak merah
    • 1 batang saderi
    • Air secukupnya
    • 1 ketul kiub ayam
    • 2 sudu besar sos ikan
    • 2 helai daun limau purut
    • biji bawang holland
    • 10 tangkai cili padi
    • 1-2 biji tomato
    • Garam, secukup rasa
    • Limau nipis

 

  • Bahan-bahan untuk sambal belacan:
    • 2-3 biji cili merah
    • 10 tangkai cili padi
    • 3 ulas bawang putih
    • biji bawang holland
    • biji tomato
    • 1 inci belacan
    • 1-2 sudu kecil gula
    • sudu besar serbuk perasa
    • Sedikit air
    • Garam, secukup rasa
    • Jus limau nipis, secukup rasa

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk penyediaan:
    1. Potong kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Titik serai (jangan terlalu hancur).
    2. Belah tomato kepada 4-6 bahagian. Potong batang saderi, carrot, daun ketumbar (asingkan akar, batang dan daun), bawang holland, cili padi dan limau nipis.
    3. Tumbuk bahan potong kasar (bawang merah, bawang putih dan halia).

 

  • Cara-cara untuk masak sup:
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
    2. Masukkan rempah 5 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan lada hitam).
    3. Masukkan serai dan akar ketumbar.
    4. Bila bawang garing, masukkan ayam. Kacau sehingga ayam bersalut dan tutup. Masak sehingga ayam separuh masak.
    5. Masukkan serbuk ketumbar, lobak merah, batang sadery, air secukupnya, kiub pati ayam, sos ikan dan rebus 15-20 minit.
    6. Masukkan garam secukupnya, tabur hirisan batang ketumbar dan daun limau purut.
    7. Masukkan cili padi dan bawang holland. Reneh dalam 3-5 minit.
    8. Masukkan hirisan tomato dan tabur hirisan daun ketumbar dan tutup api.
    9. Hidangkan dengan hirisan daun ketumbar dan limau nipis.

 

Tip Masakan:
  • Boleh masukkan cili padi masa menumis jika suka pedas, letak masa akhir untuk kurang pedas.

 

Rujukan video penyediaan:

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment