BANTUAN GERAN PELANCARAN RM2700 : Semak kelayakan dan mohon disini!

Anda boleh memohon Bantuan Geran Pelancaran sebanyak RM2700 secara one-off. Semak kelayakan dan panduan cara mohon disini.

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

GERAN PELANCARAN JKM

Geran Pelancaran disediakan kepada penerima bantuan semasa. Matlamatnya adalah untuk membantu mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi mereka. 

Selain itu, geran ini memudahkan perjalanan mereka menuju kebebasan yang lebih besar dalam kehidupan harian dan memupuk identiti diri yang lebih positif.

KADAR BANTUAN GERAN PELANCARAN

 

Geran Pelancaran akan disalurkan dengan jumlah maksimum RM 2700, yang akan dibayar sekali sahaja.

 

TUJUAN BANTUAN GERAN PELANCARAN

 

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasaran JKM yang produktif, yang mempunyai minat, kemahiran, dan potensi untuk meningkatkan pendapatan individu/keluarga.

 

  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintegrasian untuk membantu klien mencapai matlamat ke arah kemandirian.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Kumpulan sasar JKM
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa

 

CARA MOHON BANTUAN

Buat permohonan secara online melalui Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuanJKM)

Permohonan boleh dibuat melalui cawangan pejabat JKM di seluruh negara

Semak cawangan terdekat disini.

 

DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan MyKad/Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan MyKad/Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
  3. Salinan Kad OKU/slip pendaftaran sementara OKU (jika berkaitan).
  4. Salinan penyata pendapatan/surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro).
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (jika berkaitan dengan kes OKU tidak bekerja/terlantar/kronik/alat tiruan).

 

KAEDAH BANTUAN 

  • Bantuan akan disalurkan sekali dengan jumlah maksimum RM 2700 kepada kumpulan sasaran yang mempunyai potensi dan minat dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan diri dan keluarga dalam pembangunan sosioekonomi. 
  • Jumlah bantuan yang diberikan bergantung kepada projek yang akan dilaksanakan oleh pemohon.

 

SENARAI BANTUAN JKM YANG BOLEH DIMOHON

 

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM200 sebulan setiap anak (Maksimum RM1,000).
  2. Bantuan Am Persekutuan – RM100 sebulan.
  3. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM500 sebulan.
  4. Elaun Pekerja Cacat – RM400 sebulan.
  5. Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja – RM250 sebulan.
  6. Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar – RM350 sebulan.
  7. Bantuan Anak Pelihara – RM250 sebulan.

Anda boleh semak senarai penuh dan maklumat lanjut di PORTAL RASMI JKM.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

TELEFON : +603-8000-8000

Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

Leave a Comment