Siapakah sangka, rahsia untuk memikat hati suami terletak pada resepi Nasi Tomato paling ‘power’ ini? Anda tidak mahu ketinggalan!
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi yang sudah terbukti, dijamin suami terus cair
Pikat hati suami dengan resepi set Nasi Tomato style kenduri ini, confirm cair!
Pernah tak rasa Nasi Tomato yang anda masak sendiri tak sama macam yang anda makan di majlis perkahwinan atau restoran mewah? Hari tu ada cuba buat Nasi Tomato, tapi rasa dia macam nasi tomato biasa je, tak ada yang istimewa. Lepas jumpa resepi baru ni, hasilnya rasa Nasi Tomato lebih sedap daripada yang di restoran! Tak sia-sia cuba resepi ni, keluarga dan tetamu semua puji! Kalau tak percaya, cuba sendiri dan rasai keajaibannya.
Resepi Nasi Tomato dan Acar Timun
- Masa Penyediaan: 40 minit
- Masa Memasak: 45 minit
- Jumlah Hidangan: 6-7 orang
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk Nasi Tomato:
- 2 sudu besar minyak sapi
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 helai daun pandan
- 4 biji bawang merah, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih,hiris nipis
- 1 inci halia, hiris nipis
- Rempah 4 sekawan(1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 2 tangkai cengkih)
- 1 batang serai
- 3 cawan beras
- 4 cawan air
- ½ cawan susu cair
- 3-5 sudu besar puri tomato (boleh ganti tomato soup, kalau suka.. Cuma kena letak lebih)
- ½ cawan kismis
- Anggaran 1 sudu besar gula
- Garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk acar timun:
- ½ biji nenas saiz kecil
- 1 biji timun
- 1 biji cili merah
- 2 sudu kecil gula
- Sedikit garam
- 2 sudu besar cuka
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk masak nasi tomato:
- Basuh beras dan toskan airnya.
- Dalam periuk berasingan, panaskan minyak sapi dan minyak masak.
- Tumis daun pandan bersama hirisan nipis bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan rempah 4 sekawan dan serai yang dititik.
- Masukkan beras, goreng sekejap selama 1-2 minit, kemudian masukkan air dan susu cair.
- Tambah tomato puri, kismis dan sedikit gula. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Masukkan ke dalam periuk nasi dan tekan butang on untuk masak seperti biasa.
- Cara-cara untuk acar timun:
- Hiris nipis nenas, timun dan cili merah.
- Masukkan dalam satu bekas. Tambah gula, garam dan cuka. Gaul sekata.
Tip Masakan:
- Untuk nasi tomato, boleh juga kalau nak digantikan dengan tomato soup dalam tin.
- Jika guna beras basmathi, boleh rujuk pada arahan di pek beras untuk sukatan air, tapi kebiasaannya satu cawan beras bersamaan dengan 1.5 cawan air.
- Untuk acar timun, cuka boleh diganti dengan jus lemon atau jus limau nipis.
Rujukan video penyediaan:
Resepi Ayam Masak Merah
- Masa Penyediaan: 30 minit
- Masa Memasak: 30 minit
- Jumlah Hidangan: 6-8 orang makan
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan A:
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 20-25 biji cili kering
- Bahan-bahan B:
- 1 ekor ayam
- 2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 biji bawang besar
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 1-2 helai daun pandan
- 2-3 sudu besar gula melaka
- 2 biji tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar puri tomato
- 1 biji bawang besar/holland
- Serbuk seasoning, jika suka
- Daun sup
- 1/3 cawan susu cair
Cara Penyediaan:
- Potong kasar bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Serai nipis (supaya halus elok bila masak nanti).
- Cili kering rebus sehingga lembut, toskan air dan buang biji.
- Kisar halus bahan potong, cili kering dan air (air anggaran separuh tenggelam bahan).
- Hiris nipis bawang besar dan daun sup, potong kasar tomato dan potong membulat bawang holland.
- Perap ayam dengan garam dan kunyit.
- Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Tumis rempah 2 sekawan (kulit kayu manis dan bunga lawang), bawang besar dan daun pandan. Tumis sampai bawang lembut.
- Masukkan bahan kisar halus dan air. Masak sampai sambal kering dan pecah minyak.
- Masukkan gula melaka dan hirisan tomato. Kacau sebati.
- Masukkan ayam goreng dan tomato puri. Masak sampai ayam meresap kuah sambal.
- Tambah garam, sos tiram, serbuk seasoning (pilihan) dan susu cair.
- Tabur daun sup dan hirisan bawang holland. Kacau sekejap kemudian terus tutup api.
Tip Masakan:
- Kalau kuali kecil, goreng ayam sikit-sikit. Penuh sangat nanti lambat pulak nak masak sebab suhu minyak dah drop jadi sejuk.
- Tak perlu masukkan air asam jawa untuk resepi ni sebab tomato dan tomato puri dah cukup masam.
Rujukan video penyediaan:
Resepi Kuah Dalca
- Masa Penyediaan: 30 minit
- Masa Memasak: 30 minit
- Jumlah Hidangan: 6 orang
Bahan-bahan:
- 350 gram daging
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 2 cawan santan cair
- 2 cawan santan pekat
- 150 gram kacang dhal
- 3 biji kentang, kupas kulit dan potong 4
- 2 biji cili hijau
- 4 batang kacang panjang, potong panjang 2 inci
- 4 biji terung bulat, potong 4
- 1 biji tomato, potong 4
- 1 biji karot, potong memanjang
- 2 tangkai daun kari
- Bahan untuk kisar halus:
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
- Bahan untuk rempah tumis:
- 1 batang kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
Cara Penyediaan:
- Rebus kacang dhal sehingga lembut.
- Rebus daging sehingga lembut dan hiris nipis. Jangan buang airnya.
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan air rebusannya, kacang dalca, karot, kentang, cili hijau, asam keping dan juga santan cair. Masak sehingga sayur empuk.
- Masukkan santan pekat, tomato dan terung bulat dan masak sehingga lembut.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
- Angkat dan hidangkan
Tip Masakan:
- Rempah haruslah dimasak di atas api perlahan sehingga betul pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering kerana takut hangus.
Sumber: Che Nom