3 Resepi Acar Timun: Ikuti cara mudah ini, pasti acar anda jadi bualan!

Bayangkan betapa segarnya hidangan meja anda dengan sejambak Acar Timun yang menggiurkan!

Saya akan bongkarkan 3 Resepi Acar Timun yang bukan sahaja mudah, tapi pasti akan membuat jiran-jiran anda bertanya-tanya, apa rahsianya hingga acar timun anda begitu memikat selera! Stay tuned, dan jadilah bintang dalam setiap jamuan!

3 Resepi Acar Timun

3 Resepi Acar Timun: Ikuti cara mudah ini, pasti acar anda jadi bualan!

 

Mencari sesuatu yang menyegarkan untuk menemani hidangan panas anda? Acar timun adalah jawapannya! Dengan kombinasi rasa yang kaya dan tekstur yang rangup, acar timun ini bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga sempurna sebagai pembuka selera atau sebagai pelengkap makanan. Ketahuilah rahsia di sebalik kelazatan acar timun dengan resepi eksklusif yang akan membuatkan hidangan anda bertambah hebat. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi yang pasti menjadi kegemaran ramai ini.

 

Resepi Pertama Acar Timun Mentah

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji nenas
  • 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 8 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula
  • sedikit garam

 

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
  2. Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Hiris nipis
  3. Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
  4. Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata. Siap dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri selepas dibancuh bersama cuka dan bahan2 lain.

 

Resepi Kedua Acar Timun Mentah

  • Bahan-bahan untuk acar timun:
    • 1 batang timun
    • 1/2 batang lobak merah
    • 1/2 bawang besar
    • 1 tangkai cili besar
    • 1 tangkai cili padi
    • Sedikit garam
    • 1-2 sb gula
    • Cuka makan

 

  • Cara-cara untuk acar timun:
    1. Timun potong memanjang (macam mancis) dan buang bahagian tengah / biji.
    2. Lobak merah, buang kulit dan potong mancis (boleh parut kalau suka).
    3. Hiris nipis bawang besar, cili merah dan cili hijau.
    4. Masukkan kesemua bahan potong dalam mangkuk.
    5. Perasakan dengan gula, garam dan cuka makan.
    6. Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk.

 

Resepi Acar Timun Rampai

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan acar rampai:
    • 1 batang timun
    • 1 batang lobak merah
    • 1/2 sk pes kapur makan
    • 2 tangkai cili merah
    • 8 ulas bawang putih
    • 5 biji bawang merah kecil
    • 7-8 tangkai cili kering
    • 1/2-1 biji bawang besar
    • 1 inci halia
    • 1 sb udang kering
    • 1/2 sb biji sawi
    • 1 sb rempah kari
    • 2 sb gula
    • 1 sk serbuk kunyit
    • 1/3 cwn cuka
    • 2 sk garam
    • Bijan

 

Cara Penyediaan:
    1. Potong timun (bahagian biji jangan ambik) dan carrot memanjang seperti batang mancis.
    2. Rendam timun dan carrot dalam air kapur ½ jam (supaya sayur rangup). Kemudian tapis dan bilas dengan air.
    3. Cili merah buang tangkai dan biji kemudian racik halus (jangan terlalu nipis).
    4. Bawang putih dan bawang merah belah dua atau tiga (pastikan bawang masih tebal).
    5. Potong kasar bawang besar dan halia.
    6. Rendam udang kering anggaran 10 minit.
    7. Kisar halus cili kering, bawang besar, halia, udang kering dan air.
    8. Sangai bijan sampai naik bau kemudian angkat dan ketepikan.
    9. Panaskan minyak dan tumis biji sawi.
    10. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kari. Tumis sampai kering dan pecah minyak.
    11. Masukkan gula dan cuka makan. Masak sampai kering sikit.
    12. Masukkan garam, bawang putih, bawang merah dan sedikit bijan. Masak sampai kesemua bahan layu.
    13. Tambah serbuk kunyit (untuk warna yang lebih menarik), kacau sebati dan tutup api. Biakan bahan tumisan suam sikit.
    14. Masukkan timun dan carrot. Kacau sebati.
    15. Tabur hirisan cili merah dan bijan sebelum hidang.

 

Tip Masakan:
  • Untuk senang potong carrot, trim sikit bahagian tepi carrot menjadi bentuk 4 segi. Potongan akan jadi sama dan carrot tak bergerak masa potong.
  • Petua untuk rangupkan sayur, rendam sayur dalam air kapur. Kalau tak ada kapur, boleh rendam dalam air sejuk (tapi hasil selepas masak mungkin berbeza).

 

Sumber: Che Nom

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment