2 Resepi Cakoi yang gebu dan rangup sama macam beli dikedai!

Pernahkah anda terbayang rasa kepuasan membuat cakoi sendiri yang gebu dan rangup, serasa tidak percaya ia dibuat di rumah dan bukan dibeli di kedai? Mari ikuti kami memasuki dunia resepi cakoi yang akan mengubah pandangan anda.

Resepi Cakoi

2 Resepi Cakoi yang gebu dan rangup sama macam beli dikedai!

 

Bayangkan memulakan pagi anda dengan gigitan pertama dari Cakoi yang panas dan garing. Tekstur luarnya yang sempurna, garing pada kunyahan pertama, diikuti dengan lapisan dalam yang lembut dan penuh dengan rasa, menjadikan Cakoi tidak hanya sekedar makanan ringan, tetapi sebuah pengalaman rasa yang memuaskan. Sama ada dicelup dalam kuah manis atau ditemani dengan secawan teh tarik tebal, Cakoi menjanjikan pengalaman rasa yang kaya dan memikat, menjadikan ia pemain utama dalam meja sarapan atau sebagai snek petang yang menggoda. Bersiaplah untuk menyelami keistimewaan dan keunikan resepi Cakoi, dimana kami akan membimbing anda merasai keajaiban tradisional ini dengan sentuhan moden yang dapat dibanggakan.

 

Resepi Cakoi Rangup Tanpa Yis Dan Sos Pandan

  • Masa Penyediaan: Semalaman
  • Masa Memasak: 30-40 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk cakoi:
    • 1 1/2 cwn / 195g tepung gandum
    • 3 sk serbuk penaik
    • 1 sk gula halus
    • 1/4 sk garam
    • 2 sb minyak masak
    • 1/2 cwn / 120ml air

 

  • Bahan-bahan untuk sos kastard pandan:
    • 4-5 helai daun pandan
    • 1 cawan /237ml air
    • 2/3 cawan / 160ml susu cair
    • 1 biji telur, saiz A atau B
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 5-6 sudu besar gula
    • Pewarna hijau, jika perlu
    • Secubit garam

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk cakoi:
    1. Timbang tepung gandum (Guna jenama Bakers’ choice).
    2. Ayak tepung gandum, gula kastor, baking powder dan garam.
    3. Masukkan minyak masak dan air (air suhu bilik) sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
    4. Uli sampai doh lembut dan tak melekat di tangan.
    5. Kalau doh masih keras boleh tambah sedikit air dan kalau doh masih melekat boleh tabur sedikit tepung.
    6. Bulatkan doh, tutup dan rehatkan anggaran 1 jam.
    7. Selepas perap doh 1 jam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara dan sambung uli 5-10 minit.
    8. Simpan doh dalam plastic bersih (kalau nak mudah boleh simpan dalam bekas bertutup) dan perap dalam peti sejuk semalaman.
    9. Keluarkan doh (defrost) minimum 2 jam atau sampai doh betul-betul hilang sejuk.
    10. Bentukkan dan uli doh memanjang.
    11. Tekan dengan roller untuk dapatkan bentuk empat segi tepat dan ketebalan 1/4 inci.
    12. Trim bahagian hujung doh, kiri dan kanan.
    13. Potong doh cakoi lebar anggaran 1 ½ inci.
    14. Tabur tepung pada setiap bucu doh setiap kali potong.
    15. Sapu air ditengah cakoi kemudian tindan dengan 2 keping doh cakoi tadi.
    16. Celup chopstick dalam air dan tekan tengah doh cakoi dengan chopstick tadi.
    17. Kalau tak nak buat 2 keping cakoi, boleh je buat sekeping macam biasa.
    18. Panaskan minyak, tarik doh dan goreng.
    19. Kerap balik-balikkan cakoi sampai perang sekata.
    20. Angkat dan toskan minyak.

 

  • Cara-cara untuk sos pandan kastard:
    1. Gunting daun pandan.
    2. Masukkan daun pandan dalam blender dengan sedikit air dan kisar halus.
    3. Tapis dan perah jus pandan.
    4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Kacau sebati dan ketepikan
    5. Masukkan jus pandan, gula, telur, air bancuhan tepung jagung dan susu cair (atau santan) dalam kuali.
    6. Kacau perlahan dan masak sampai pekat.
    7. Masukkan garam dan sambung masak sampai pekat mendidih.

 

Rujukan video penyediaan:

 

 

Resepi Cakoi dan Sos Pandan Kastard

  • Masa Penyediaan: 1-2 jam
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 10 biji

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk cakoi:
    • 3 1/4 cawan tepung gandum
    • 1 1/2 sudu kecil yis kering
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil baking powder
    • 2 1/2 sudu besar gula kastor
    • 1/2 cawan susu full cream
    • 1/2 cawan air
    • 1/2 biji telur
    • 3 sudu besar minyak masak
    • Sedikit minyak untuk sapuan

 

  • Bahan-bahan untuk sos kastard pandan:
    • 1 1/2 cawan susu full cream atau santan
    • 2 sudu besar tepung kastard
    • 1 sudu kecil ekstract pandan
    • Sedikit pewarna hijau
    • 2 sudu besar gula
    • Sedikit garam

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk cakoi:
    1. Masukkan tepung gandum, yis kering, garam (letak jauh sikit dari yis), baking powder, gula kastor, telur, susu, air dan minyak kedalam mangkuk.
    2. Uli adunan sampai jadi doh. Tambah 1 sb minyak masa hujung-hujung proses menguli.
    3. Gris mangkuk dengan minyak.
    4. Pindah masukkan doh kedalam mangkuk dan rehatkan selama 1-2 jam.
    5. Tabur sikit tepung atas papan canai.
    6. Keluarkan doh dan uli sikit untuk buang lebihan udara.
    7. Canaikan atau leperkan doh menjadi segi empat tepat.
    8. Potong doh anggaran saiz 8cm x 3cm
    9. Cara 1 sapu sekeping doh dengan sedikit air dan tindan dengan sekeping lagi doh. Tabur sedikit tepung dan tekan di tengah (boleh tekan dengan chopstick atau lidi).
    10. Cara 2 ambil sekeping doh, tabur tepung (untuk elak melekat) dan tekan di tengah.
    11. Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan cakoi tenggelam).
    12. Tarik perlahan-lahan cakoi dan goreng sehingga keperangan.
    13. Kerap balik-balikan cakoi masa mula menggoreng.
    14. Angkat dan toskan minyak.

 

  • Cara-cara untuk sos pandan kastard:
    1. Masukkan susu full cream (atau santan), tepung kastard, ekstrak pandan, pewarna hijau dan gula ke dalam periuk.
    2. Bukak api perlahan dan kerap kacau.
    3. Bila kastard dah pekat masukkan sedikit garam. Boleh tambah susu atau air kalau kastard terlalu pekat.
    4. Hidang bersama cakoi.

 

Tip Masakan:
  • Boleh bancuh dulu yis atau masukkan terus tapi pastikan yis masih elok.
  • Jangan letak garam dekat dengan yis (untuk elak yis rosak), campur dulu yis dan garam dengan tepung sebelum adun kesemua bahan.
  • Masa masak sos kastard pastikan kerap kacau takut kastad berketul.
  • Pastikan minyak banyak dan cakoi tenggelam (deep fry).
  • Kerap balik-balikan cakoi masa mula menggoreng.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment