Adakah jenama air mineral kegemaran anda tersenarai dalam Top 6 jenama air mineral di Malaysia?
Baca untuk mengetahui jenama mana yang menjadi pilihan ramai dan mengapa setiap satunya berbeza!
Ini Top 6 Jenama Air Mineral Di Malaysia – Mana Satu Pilihan Anda?
Secara umumnya, setiap air yang kita minum mungkin kelihatan sama dan sering kali dirujuk sebagai air kosong atau air putih. Tanpa air, tubuh badan kita tidak mungkin dapat berfungsi pada kadar yang optimum.
Tidak dapat dinafikan, kebanyakan manusia di seluruh dunia memerlukan air mineral kerana ia memberikan lebih banyak manfaat kesihatan berbanding air minuman biasa. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama air mineral yang mudah didapati di pasaran, masing-masing menawarkan kandungan mineral yang berbeza serta harga yang berpatutan.
Justeru, Siakap Keli hari ini akan berkongsi enam jenama air mineral terbaik di Malaysia, menurut Hello Doktor.
1. Spritzer Natural Mineral Water
Pertama sekali, air mineral daripada syarikat gergasi Spritzer yang telah berkhidmat sebagai pembekal paling popular sejak tahun 1989 dan masih kekal relevan hingga ke hari ini. Produk semula jadi ini bukan sahaja sarat dengan mineral malah turut dipaketkan dengan standard antarabangsa yang ditetapkan.
Tambahan pula, produk ini telah memenangi 3 bintang emas dalam Superior Taste Award dari The International Taste and Quality Institute (iTQi), dan kaya dengan silika yang bagus untuk kulit. Oleh itu, ia adalah air mineral yang bagus untuk wajah.
2. Spritzer Sparkling Mineral Water
Masih dari jenama Spritzer, syarikat ini juga mengeluarkan variasi lain iaitu Spritzer Sparkling yang berkarbonat. Jangan risau, proses pembuatannya bebas dari gula tambahan, bahan perasa dan pewarna, menjadikan produk ini sihat dan selamat untuk diminum.
Bersumberkan air dari hutan hujan di Taiping, Perak, kedua-dua air mineral keluaran syarikat ini dijamin halal dan memberikan rasa menyegarkan.
3. Bleu
Senarai air mineral terbaik di Malaysia tidak lengkap tanpa jenama Bleu yang popular dengan warna biru. Produk ini adalah antara pembekal air bawah tanah dengan kualiti premium yang diiktiraf oleh Asia Middle East Bottle Water Association (ABWA). Di Malaysia, air mineral Bleu juga disahkan halal, sihat dan selamat oleh pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
4. Ice Mountain Mineral Water
Keempat adalah air mineral yang dikeluarkan oleh syarikat Fraser & Neave (F&N) yang menggunakan jenama Ice Mountain. Produk ini bersumberkan air dari lembah terdalam dan diperkaya dengan pelbagai jenis mineral secara alami. Di samping itu, ia melalui proses penapisan terbaik untuk memastikan ia bersih, sihat dan selamat diminum.
5. Dasani Mineral Water PET
Kelima, keluaran syarikat Coca-Cola iaitu Dasani juga tersenarai. Meskipun Coca-Cola lebih dikenali dengan minuman berkarbonat, Dasani menawarkan air mineral dengan kandungan mineral yang tinggi melalui proses penapisan air menggunakan teknik osmosis berbalik. Yang mengejutkan, ia mempunyai rasa yang lebih segar dan sedap berbanding jenama lain.
6. Evian Natural Mineral Water
Evian mungkin adalah jenama air mineral yang paling dikenali di Malaysia. Meskipun pembuatannya bukan dari negara kita, jenama ini sangat popular. Bukan sahaja bersumberkan dari French Alps dan semula jadi, Evian juga selama lebih 25 tahun berusaha untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Setiap botol air mineral Evian boleh dikitar semula dan jenama ini merancang untuk menggunakan 100% bahan mesra alam menjelang tahun 2025.
Semoga maklumat ini bermanfaat bagi anda dalam membuat pilihan.
Sumber: