Wanita Ini Buktikan Tips Bawang Kisar Tahan 2 Bulan – Anda Mesti Cuba!

Anda pasti tak percaya! Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh menjimatkan masa dan memastikan bawang kisar kekal segar lebih lama.

Tidak percaya? Baca untuk ketahui bagaimana wanita ini berjaya melakukannya dan mengubah cara anda menyimpan bawang kisar selamanya!

Tips Bawang Kisar Tahan 2 Bulan

 

Wanita Ini Buktikan Tips Bawang Kisar Tahan 2 Bulan – Anda Mesti Cuba!

 

Bawang merupakan antara bahan yang paling penting dalam masakan rakyat Malaysia. Sebelum digunakan, bawang perlu dikupas kulitnya, dipotong, ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu. Namun, proses ini boleh menjadi agak rumit dan memakan masa.

Di TikTok, seorang wanita bernama Aty Fared telah berkongsi cara yang digunakannya untuk memastikan bawang kisar boleh tahan lama sehingga dua bulan. Dengan cara ini, anda dapat membuat stok bawang kisar dan tidak perlu melalui proses rumit setiap kali hendak memasak.

Cara Penyediaan:
  • Potong Bawang: Potong bawang kepada saiz kecil-kecil bagi memudahkan proses pengisaran.
  • Masukkan Bawang ke dalam Pengisar: Letakkan bawang yang telah dipotong ke dalam pengisar.
  • Tambahkan Air: Masukkan air dalam jumlah seperti biasa.
  • Masukkan Minyak Masak: Tambahkan minyak masak sebanyak separuh daripada jumlah air yang digunakan.
  • Kisar Bahan-bahan: Kisar semua bahan tersebut sehingga halus.
  • Simpan dalam Bekas Bersih dan Kering: Tuangkan bawang yang telah dikisar ke dalam bekas yang bersih dan kering.
  • Tambah Garam: Taburkan sesudu kecil garam di atas permukaan bawang kisar tanpa perlu menggaulnya.

Menurut Aty Fared, jika langkah-langkah ini diikuti, bawang kisar tersebut boleh tahan sehingga dua bulan. Aty menjelaskan bahawa dia sering membuat bawang kisar dalam kuantiti yang banyak untuk menjimatkan masa dan tenaga.

“Setakat ini, bawang kisar yang dibuat dengan cara ini memang tahan lama. Satu perkara lagi, semasa mengisar jangan letakkan air terlalu banyak. Cukup sekadar bawang boleh dikisar sahaja. Dulu, ada orang tanya, letak garam nanti masak jadi masin tak? Jawapannya tidak. Letak sesudu kecil saja di permukaan. Sikit sahaja. Takkan jadi masin pun. Garam itu akan mendap perlahan-lahan. Harap tip ini membantu kalian, lebih-lebih lagi menjelang bulan puasa,” jelasnya.

 

Harap tips ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

 

Sumber: Mstar

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment