Inilah yang dicari-cari oleh semua pencinta durian! Adakah anda peminat tempoyak durian? Adakah rasa dan aroma tempoyak anda tidak seperti yang diharapkan?
Ketahui 9 petua rahsia nenek yang selama ini disimpan rapi untuk memastikan tempoyak durian anda bukan sahaja sedap, tetapi juga memukau selera!
9 Petua rahsia nenek buat Tempoyak Durian yang gerenti sedap!
Musim durian telah tiba! Inilah masa terbaik untuk membuat stok tempoyak durian. Tempoyak amat memudahkan kita dalam penyediaan hidangan seperti ikan patin tempoyak, sambal udang tempoyak, dan pelbagai masakan lain yang menggunakan tempoyak.
Cara membuat tempoyak yang enak sebenarnya tidaklah begitu sukar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petua penting yang perlu dipraktikkan untuk menghasilkan tempoyak yang segar dan tahan lama. Tempoyak buatan sendiri lazimnya lebih enak dan terjamin kualitinya berbanding yang dibeli di kedai.
Berikut adalah panduan dan tips untuk menghasilkan tempoyak durian yang dijamin menjadi.
9 TIP DAN CARA BUAT TEMPOYAK DURIAN PASTI MENJADI
- Guna Durian yang Masih Elok
Pastikan durian yang digunakan masih dalam keadaan baik. Elakkan menggunakan durian yang hampir buruk, busuk, atau kurang sedap rasanya kerana tempoyak yang dihasilkan juga akan kurang sedap.
- Pilih Isi Durian yang Lembik
Biasanya, durian kampung lebih sesuai kerana isinya sedikit lembik.
- Tempoyak Asli Tanpa Campuran
Tempoyak asli hanya memerlukan isi durian sahaja. Tidak perlu ditambah bahan lain seperti garam atau asam. Hanya isi durian yang diperam.
- Asingkan Isi dari Biji
Asingkan isi durian dari bijinya dan kumpulkan di dalam penapis untuk mengeluarkan air durian. Langkah ini bertujuan agar tempoyak lebih tahan lama.
- Tidak Perlu Dikisah atau Dilenyek
Isi durian tidak perlu dikisar atau dilenyek kerana durian yang digunakan sudah lembik. Cukup dengan mengumpulkan, menapis, dan memasukkan ke dalam balang atau bekas.
- Warna Tempoyak Tidak Semestinya Kuning
Tempoyak tidak semestinya berwarna kuning terang. Durian yang lembik biasanya berwarna kuning pucat tetapi rasanya tetap enak.
- Hati-Hati Warna Kuning Terang
Warna kuning terang pada tempoyak mungkin menandakan campuran pisang emas, namun ini hanya kemungkinan dan tidak semua penjual melakukannya.
- Tempoyak Tahan Lama
Tempoyak asli tanpa campuran bahan lain boleh tahan sehingga setahun jika disimpan dalam peti sejuk. Jika tempoyak rosak atau rasa berubah dalam tempoh dua hingga tiga bulan, ia mungkin telah dicampur dengan bahan lain. Sebaiknya, buang tempoyak tersebut.
- Urat-Urat Durian
Untuk memastikan tempoyak asli, perhatikan ‘urat-urat’ atau serabut durian pada tempoyak. Ini menunjukkan isi durian tersebut tidak dikisar atau dicampur dengan bahan-bahan lain untuk ‘nampak banyak’.
Sumber: Rasa