Betul-Betul Berkesan! Ini Teknik Efektif Hilangkan Bintik Hitam Pada Daun Kari

Adakah daun kari di kebun anda kelihatan murung dengan bintik hitam yang mengganggu? Kini anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada masalah ini dengan teknik yang amat berkesan dan mudah.

Jangan terlepas tips berguna ini, kerana apa yang akan kami dedahkan mungkin rahsia terbesar dalam penjagaan tumbuhan yang anda pernah tahu.

Teknik Efektif Hilangkan Bintik Hitam Pada Daun Kari

Betul-Betul Berkesan! Ini Teknik Efektif Hilangkan Bintik Hitam Pada Daun Kari

 

Bagi mereka yang menanam pokok daun kari, pasti perasan kadang-kadang terdapat bintik hitam di bahagian bawah daun. Ini mungkin mengganggu kerana ia perlu dibersihkan sebelum digunakan. Jika hanya satu atau dua helai daun, mungkin mudah, tetapi jika keseluruhan pokok terjejas, kita pasti akan mencari solusi.

Berikut adalah perkongsian daripada pengguna Facebook, Nor Rizal Osman, berkaitan cara untuk menghilangkan bintik hitam pada daun kari.

“Mesej dari Team Abambaja Melaka: Penyakit bintik hitam bermula dengan kehadiran bintik-bintik hitam pada permukaan daun yang akhirnya menghasilkan kekuningan berbentuk cincin. Ini disebabkan oleh kehadiran kulat pada tanah, hasil daripada keadaan cuaca yang sejuk kebelakangan ini.”

 

Teknik Efektif Hilangkan Bintik Hitam pada Daun Kari
  • Cuka Kayu

Semburkan cuka kayu pada daun untuk melemahkan kehadiran kulat. Lakukan semburan sekerap mungkin untuk hasil yang lebih baik.

 

  • Media Tanaman Tidak Terlalu Lembap

Pastikan media tanaman tidak terlalu lembap dan siram hanya apabila perlu. Media tanaman ialah campuran tanah yang boleh dibeli di nurseri bunga atau dibuat sendiri.

 

  • Cahaya Matahari

Letakkan tanaman di bawah cahaya matahari dan lakukan pencantasan daun untuk meningkatkan pengaliran udara. Daun di bahagian bawah perlu dipangkas agar pengudaraan lebih baik.

 

  • Guna Semburan Serangga Organik

Semburkan tanaman dengan kawalan serangga organik secara berkala untuk menghalang makhluk perosak daripada mendekati tanaman.

Ramai juga yang menasihatkan supaya mencantas semua daun terlebih dahulu sebelum mengikuti tip di atas.

 

Tips Kedua
Seorang lagi pengguna Facebook, Zuraidah Omar, berkongsi caranya yang hanya menggunakan empat bahan:

“Saya buat ini pada pokok cili, kari, bidara. Alhamdulillah, ia menjadi dan menjimatkan kos. Daun-daun yang ada masalah akan luruh dengan sendiri, kemudian akan tumbuh daun baru.”

Caranya:

  • Ambil sedikit cuka makan, sabun basuh pinggan, sedikit bikarbonat soda, dan air.
  • Campurkan kesemua bahan ini dan masukkan dalam botol semburan.
  • Semburkan pada waktu pagi sebelum panas atau pada petang.

 

Selamat mencuba!

 

Sumber: Malaysia Dateline

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment