Terkini : Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024

Tarikh lihat anak bulan Syawal tahun ini dijadualkan pada petang Selasa, 9 April 2024, iaitu 29 Ramadhan 1445, dan tarikh Aidilfitri akan diumumkan pada petang itu.

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

TARIKH LIHAT ANAK BULAN

Pejabat Penjaga Mohor Diraja Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan berkata Majlis Raja-raja telah bersetuju tarikh Hari Raya Aidilfitri akan ditentukan berdasarkan “rukyah” dan “hisab”.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan tarikh tersebut.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya pada Sabtu.

 

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa berkaitan telah diberi kebenaran melihat anak bulan Syawal di 29 lokasi di seluruh negara pada malam Selasa.

 

LOKASI LIHAT ANAK BULAN DI MALAYSIA 2024

 

– Pontian Kecil, Johor

– Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

– Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

– Bukit Melawati, Kuala Selangor

– Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat

– Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor

– Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak

– Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

 

TARIKH HARI  RAYA AIDILFITRI 2024

 

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang bertindak sebagai pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja. Penetapan tarikh tersebut tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

 

Berikut adalah tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024:

 

TAHUNTARIKHHARICUTINEGERI
202410 APRILRABUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI
202411 APRILKHAMISHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERI

 

CARA PENETAPAN HARI RAYA AIDILFITRI DI MALAYSIA

 

Penentuan bulan baru Aidilfitri merupakan proses penting dalam Islam. Penetapan ini dibuat untuk menentukan awal hari raya aidilfitri atau bulan ramadhan. Proses penentuan ini dilakukan oleh para sarjana dan ahli astronomi menggunakan pelbagai kaedah iaitu mencerap anak bulan dengan mata kasar atau menggunakan theodolit dan teleskop.

 

Hilal atau Bulan Baru ialah fasa paling nipis dan paling kurang bercahaya bagi fasa bulan. Anak bulan akan berlaku selepas bulan melalui fasa ijtimak atau fasa bulan gelap atau anak bulan. Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita untuk memerhati anak bulan bagi menentukan waktu mula berpuasa.

 

BACAAN LAIN

Leave a Comment