Taman Tema Gamuda Cove 2024: Tebus Tiket Percuma Sekarang Untuk Kanak-Kanak!

Bayangkan riang gembira anak-anak berlarian ke sana kemari, ketawa yang tak pernah putus, dan keajaiban yang tak terhingga menanti di setiap sudut.

Taman Tema Gamuda Cove bukan hanya sekadar taman tema, ia adalah pintu gerbang ke dunia penuh keceriaan bagi setiap anak. Kini, dengan setiap pembelian tiket dewasa, tebus segera tiket percuma untuk kanak-kanak anda!

Jangan lepaskan peluang emas ini untuk menceriakan dunia mereka. Ayuh, sertai kami di Taman Tema Gamuda Cove, di mana kenangan tak terlupakan bersama keluarga bermula.

Taman Tema Gamuda Cove: Tebus Tiket Percuma Untuk Kanak-kanak

Taman Tema Gamuda Cove 2024: Tebus Tiket Percuma Sekarang Untuk Kanak-Kanak! 

 

Taman tema Gamuda Cove ialah salah satu taman hiburan dan air yang popular di Malaysia, yang menampilkan tunggangan mendebarkan, tarikan yang menyeronokkan dan hiburan untuk semua peringkat umur. Terletak di perbandaran Gamuda Cove berhampiran Kota Kemuning, taman ini berkeluasan lebih 20 ekar dengan kemudahan luaran dan dalaman.

Tebus Tiket Percuma Taman Tema Gamuda Cove

Kini, anda boleh menikmati tiket percuma untuk kanak-kanak yang diberikan khas untuk pembaca Berita Harian oleh GL Play, cabang riadah dan hospitaliti Gamuda Land.

Bemula sekarang sehingga 30 Jun 2024, kanak-kanak akan dapat menyelami keseronokan tarikan utama Gamuda Cove secara percuma termasuk Taman Air SplashMania, Paya Indah Discovery Wetlands dan Discovery Park. Untuk merebut peluang ini, klik pada pautan di sini untuk menebus baucar digital dan menemani anak anda meneroka keajaiban Gamuda Cove.

Dengan setiap tiket dewasa yang dibeli pada harga penuh ke mana-mana tiga lokasi Gamuda Cove, anda akan mendapat tiket percuma untuk seorang kanak-kanak. Ini memberikan ibu bapa atau penjaga penjimatan sehingga RM150 setiap anak sambil merasai keseronokan tarikan Gamuda Cove!

Gamuda Cove mempunyai pelbagai keseronokan dengan tiga elemen yang berbeza iaitu menemui alam semula jadi, kembara bersukan dan kegembiraan. SplashMania, yang dirasmikan pada 2023, menarik minat pencari keseronokan ke taman tema air seluas 18 ekar yang dihiasi dengan 39 tarikan dan gelongsor air.

Disesuaikan untuk pengembara muda, bahagian Mini Mania menawarkan replika gelongsor ikonik termasuk ‘Treasure Tower’ yang menjulang tinggi. Untuk mereka yang berani, Discovery Park terletak di kawasan seluas 23 ekar, menawarkan pelbagai aktiviti yang mampu memacu adrenalin, sesuai untuk semua peringkat umur.

Taman Kembara ini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dinobatkan oleh pemandangan panoramik dari Cove Aerobar.

Paya Indah Discovery Wetlands pula adalah kawasan perlindungan seluas 1,111 ekar, mengundang peminat alam semula jadi untuk meneroka keindahan biodiversiti. Penuh dengan hidupan liar dan keajaiban alam semula jadi, taman alam semula jadi ini menawarkan pelbagai aktiviti, daripada pelayaran bot yang tenang kepada pengembaraan safari yang menggembirakan.

Bagi merebut peluang ini, klik pada pautan di bawah, khas untuk pembaca Berita Harian.

Tebus baucar digital di glplay.com.my dan menemani anak anda meneroka keajaiban Gamuda Cove.

Untuk butiran lanjut dan tempahan tiket, sila layari www.glplay.com.my atau berhubung dengan GL Play di Instagram atau Facebook di @glplay.my.

 

Sumber: Berita Harian

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment