Sumbangan Wang Tunai RM1000: Mohon sekarang disini sebelum 23 Ogos!

Permohonan untuk sumbangan wang tunai RM1000 kini dibuka, inisiatif istimewa dari kerajaan negeri yang ditunggu-tunggu oleh ramai! Ketahui syarat kelayakan dan cara memohon sebelum tarikh tutup serta dapatkan bantuan kewangan ini sekarang. Klik untuk maklumat lanjut!

Baca Juga : Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Sudah Dikreditkan!

Program Insentif Sumbangan Wang Tunai RM1000

RM1000

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Pelbagai program telah dilaksanakan pada tahun ini oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi memberi manfaat kepada rakyat. Salah satu insentif bantuan one-off yang masih boleh dimohon pada bulan ini adalah bantuan tunai Haji Muassasah.

Melalui program insentif ini, pemohon yang layak akan menerima sumbangan bantuan tunai sebanyak RM1000 secara sekaligus. Program istimewa ini memperuntukkan dana berjumlah RM6 juta, jumlah ini adalah tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

Pada tahun 2023, bantuan ini adalah RM500 dan telah dinaikkan kepada RM1000. Selain itu, setiap jemaah haji juga akan menerima kit penjagaan diri. Mereka yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup pada 23 Ogos 2024.

Syarat Kelayakan Sumbangan Wang Tunai RM1000

Antara syarat-syarat asas kelayakan bagi program insentif khas ini yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  • Pemohon merupakan jemaah haji Muassasah tahun 2024 (kecuali yang menerima tajaan penuh).
  • Pemohon telah mendaftar haji di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji (LTH) kawasan Selangor.
  • Pemohon telah mengesahkan penawaran bagi menunaikan ibadah haji dari LTH negeri Selangor untuk mengerjakan haji bagi tahun 2024 / 1445H.

Panduan Memohon Sumbangan Wang Tunai RM1000

Untuk mereka yang berkelayakan, permohonan insentif kerajaan negeri berjumlah RM1000 ini boleh dibuat di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Permohonan sah dikemukakan sebelum tarikh tutup pada 23 Ogos 2024.

Untuk rujukan penuh dan panduan lengkap cara memohon, sila layari laman portal rasmi program insentif – Haji Muassasah. Bagi memudahkan urusan semakan permohonan dari pentadbiran, pemohon perlu sertakan dokumen yang diperlukan.

Maklumat Lanjut

Tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang masih boleh dimohon pada tahun ini. SEMAK DISINI untuk rujukan sepenuhnya.

Harapnya, maklumat ini dapat membantu anda dalam mengemukakan permohonan dan mendapatkan bantuan yang disediakan. Jangan lepaskan peluang ini dan semoga berjaya!

Baca Juga : OKU Assistance List 2024: Check Eligibility and Apply Here

Leave a Comment