Moho sekarang! SUBSIDI TUNAI SEHINGGA RM 2400 melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
SUBSIDI TUNAI SEHINGGA RM 2400
Di bawah Belanjawan 2024, Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) merupakan program rebat yang ditawarkan oleh Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii). Skim ini bertujuan untuk mendorong orang ramai untuk beralih kepada kenderaan elektrik dengan menyediakan rebat bagi pembelian atau langganan motosikal elektrik.
TARIKH PERMOHONAN SUBSIDI TUNAI
Permohonan MARiiCas boleh dibuat bermula dari 8 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024, atau sehingga stok motosikal elektrik habis ditebus, mana yang terlebih dahulu.
KAEDAH PEMBERIAN SUBSIDI TUNAI
- Untuk pembelian motosikal elektrik, pemberian subsidi adalah rebat tunai sebanyak RM2,400.
- Bagi permohonan langganan motosikal elektrik, pemberian subsidi adalah rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan.
KELAYAKAN BANTUAN SUBSIDI
- Individu yang berpendapatan tahunan RM120,000 atau kurang.
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Memiliki lesen memandu motosikal yang sah (Kelas B, B1 atau B2).
CARA MEMOHON SUBSIDI TUNAI
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui laman web https://insentif.marii.my/user/register:
- Lawati laman web https://insentif.marii.my untuk mendaftar ID Pengguna.
- Klik butang “Daftar” untuk pengguna baru. Isi maklumat terkini pemohon seperti nama, nombor kad pengenalan, dan butiran peribadi.
- Terima e-mel pengesahan. Pastikan untuk memeriksa folder e-mel spam jika e-mel pengesahan tidak diterima di peti masuk utama.
- Log masuk semula selepas pendaftaran untuk proses permohonan MARiiCas.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan untuk setiap permohonan.
- Terima e-mel pengesahan permohonan.
- Semak keputusan dengan log masuk ke pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.
NOTA: Bayaran perkhidmatan tidak akan dikembalikan. Pastikan nama pemohon sama dengan pemilik bank akaun pembayaran.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan dokumen pendapatan tahunan seperti:
Bagi yang bekerja: Slip gaji disahkan oleh majikan berserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagi pekerja bebas: Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
PESARA
Pesara kerajaan: Slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai
Rahmah (STR).
Pesara swasta: Borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan
Tunai Rahmah (STR).
Bagi pelajar: Kad Pelajar; dan Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat
kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1, atau B2).
INFO PENTING PERMOHONAN
- Setelah permohonan diluluskan, pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR untuk menikmati insentif yang ditawarkan dengan membeli motosikal elektrik daripada syarikat pembuatan yang disahkan.
- Kod QR sah selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Selepas tamat tempoh, pemohon mesti memohon semula untuk mendapatkan kod QR yang sah.
- Untuk pertanyaan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila e-mel kepada insentif@marii.my
RUJUKAN PENTING
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON