Tambahan RM600 kini dikreditkan — Jangan tunggu lagi, semak akaun anda sekarang! Ketahui bagaimana anda boleh menggunakan bantuan ini dengan bijak.
Baca Juga : Cara Mudah Mohon MyKasih 2024
STR Tambahan RM600 Sudah Dikreditkan
Kerajaan Malaysia telah mula mengkreditkan insentif tambahan sebanyak RM600 kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak mulai hari ini. Insentif yang juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini adalah salah satu langkah kerajaan dalam membantu golongan miskin tegar.
Inisiatif ini merupakan salah satu daripada pelbagai program bantuan yang diperkenalkan semasa sidang Belanjawan 2024.
Tujuan dan Kegunaan Bantuan
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah lanjutan daripada program STR yang bertujuan untuk meringankan beban penerima bantuan terutama golongan miskin tegar di Malaysia. Insentif ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai seluruh negara. Apa yang menarik, pemberian bantuan tambahan ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ia akan diagihkan berdasarkan data maklumat STR yang sedia ada.
Pada tahun ini, sekitar 700,000 penerima STR dijangka akan mendapat manfaat daripada pemberian SARA ini. Pembayaran telah mula dikreditkan kepada penerima berdasarkan kadar yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing.
Kadar Bayaran STR Tambahan 2024
Kementerian Kewangan telah menetapkan kadar bayaran SARA untuk sesi 2024 mengikut kategori seperti berikut:
- RM1,200: Penerima STR kategori isi rumah & warga emas berstatus miskin tegar.
- RM600: Penerima STR kategori bujang berstatus miskin tegar.
- RM300: Penerima STR kategori isi rumah berstatus bukan miskin tegar.
- RM150: Penerima STR kategori bujang & warga emas berstatus bukan miskin tegar.
Jadual Bayaran STR Tambahan
Bayaran bantuan SARA ini dijadualkan untuk dikreditkan mulai Januari sehingga Disember 2024 bagi penerima STR di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan, pembayaran akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Februari dan Ogos.
Semakan Status Kelayakan
Sekiranya anda adalah penerima STR sedia ada, anda boleh membuat semakan status kelayakan secara dalam talian. Untuk melakukan semakan status, sila layari laman portal rasmi MyKasih SARA.
Maklumat Lanjut
Kerajaan perpaduan juga telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan serta insentif bantuan lain untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang masih ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan melalui pautan ini: SEMAK DISINI.
Dengan adanya pelbagai inisiatif dan bantuan ini, diharap dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia khususnya golongan miskin tegar.