STR September 2024: Semak Bantuan Tunai Tambahan Anda di Sini

Anda layak terima Bantuan Tunai Tambahan STR September 2024? Semak status anda sekarang dan dapatkan panduan lengkap untuk proses tuntutan. Maklumat yang anda perlukan ada di sini!

Baca Juga : Bagaimana Semak Status STR Fasa 3 Online

STR September 2024: Semak Bantuan Tunai Tambahan

STR September 2024

Sebagai inisiatif untuk memastikan rakyat terus mendapat bantuan sewajarnya, bukan sahaja bantuan tunai STR sahaja yang disalurkan malah bantuan tunai tambahan juga akan turut diberikan kepada penerima yang benar-benar layak bagi tahun 2024.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024

Pembayaran bantuan tunai STR pada bulan September ini merupakan bayaran fasa ketiga (3) yang mana bantuan tambahan juga akan turut dibayar mengikut tarikh seperti berikut:

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan STRBermula 29 Ogos 2024 hingga 20 September 2024
Bantuan Tambahan STRBermula 01 September 2024

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024

Berikut merupakan jumlah bayaran bantuan tunai STR berserta tambahan STR mengikut kategori kelayakan bagi bulan September:

  1. Isi Rumah B40
    • Tiada anak: RM150 + RM100 = RM250.
    • 1 – 2 anak: RM350 + RM100 = RM450.
    • 3 – 4 anak: RM500 + RM100 = RM600.
    • 5 ke atas: RM650 + RM100 = RM750.
  2. Warga Emas
    • RM150 + RM100 = RM250.
  3. Bujang
    • RM50 + RM50 = RM100.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024

Pembayaran bantuan tunai STR dan tambahan adalah seperti berikut:

  • Bayaran Bantuan Tunai STR:
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima/pasangan; atau
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.
  • Bayaran Bantuan Tunai Tambahan STR:
    • Dikreditkan secara tanpa tunai berdasarkan nombor kad pengenalan yang diaktifkan.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024

Bantuan tunai tambahan STR adalah terhad kepada penerima yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CHECK BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR SEPTEMBER 2024

Ikuti cara untuk menyemak status bantuan tunai tambahan STR bagi bulan September ini:

  1. Layari Portal Rasmi STR.
  2. Isikan ruangan [No MyKad] dengan nombor kad pengenalan mengikut format seperti contoh: 870230115678.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Klik pada bahagian [Semakan Tambahan].
  9. Status bayaran tambahan akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN & PENAFIAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

PENAFIAN: Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf.

Baca Juga : Bantuan Tunai Rakyat 2024: Semak Fasa 3 Hari Ini!

Leave a Comment