Resepi Spaghetti Aglio Olio: Mudah, Cepat dan Pasti Sedap

Apakah rahsia di sebalik kelazatan Spaghetti Aglio Olio yang seringkali membuat kita rindu pada suapan pertama? Bagaimana bawang putih, minyak zaitun, dan cili flakes boleh bersatu mencipta keajaiban dalam sepiring pasta?

Anda inginkan sesuatu yang mudah dan cepat, namun penuh dengan kekayaan rasa. Ikuti kami dalam pengembaraan rasa, untuk menyingkap misteri dan belajar Resepi Spaghetti Aglio Olio yang asli.

Spaghetti Aglio Olio

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Spaghetti Aglio Olio: Mudah, Cepat dan Pasti Sedap

 

Saat aroma bawang putih yang garing berpadu dengan sentuhan minyak zaitun murni menebarkan bau yang menggoda di udara, tidak ada yang mampu menolak kehadiran Spaghetti Aglio Olio. Hidangan Itali yang sederhana namun begitu ikonik ini telah menemukan tempat di hati dan piring masyarakat Malaysia.

Menyelami dunia Spaghetti Aglio Olio di Malaysia bukan sekadar tentang menjelajah variasi resepi, tetapi juga tentang menemukan bagaimana sebuah hidangan asing ini berhasil menyesuaikan diri dan diterima di hati penggemar kuliner tanah air.

 

Resepi Pertama Spaghetti Aglio Olio

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Minyak zaitun
  • 6-7 ulas bawang putih
  • 7-8 ekor udang besar
  • Chilli flakes
  • Serbuk lada hitam
  • 1 mangkuk kecil tomato ceri
  • Serbuk lada sulah
  • 3/4 – 1 pek (500g) spaghetti rebus
  • 4 ekor sotong
  • Serbuk parsley kering
  • Daun parsley segar
  • Sedikit air pasta
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 – 1 ketul kiub ayam
  • Serbuk parmesan

 

Cara Penyediaan:
  1. Cincang kasar bawang putih, boleh lebihkan bawang putih kalau suka.
  2. Potong 2 tomato ceri,  tambah tomato ceri untuk beri rasa masam-masam manis.
  3. Bersihkan udang dan kupas kulit. Tinggalkan kulit bahagian ekor dan kaki depan untuk beri lebih flavour. Kalau udang besar belah belakang dulu.
  4. Bersihkan sotong, buang lapisan kulit dan potong kecil. Untuk kepala tarik dan buang bahagian tengah (gigi).
  5. Hiris halus daun parsley, kalau tak ada boleh ganti parsley kering atau daun ketumbar fresh.
  6. Untuk rebus spaghetti mengunakan periuk yang besar dan tinggi sebab kita akan guna air yang banyak.
  7. Masak sampai air mendidih kemudian masukkan spaghetti kering.
  8. Tambah garam supaya air cukup masin dan meresap kedalam spaghetti.
  9. Rebus sampai spaghetti lembut tapi tak lembut sangat (Picit spaghetti, pastikan spaghetti masih kenyal, taknak lembut sangat nanti tak sedap bila goreng.
  10. Keluarkan spaghetti dan tapis kering. Simpan air rebusan untuk digunakan nanti.
  11. Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
  12. Masukkan udang dan kacau sikit sampai separuh masak.
  13. Tambah chili flakes dan serbuk lada hitam, tomato dan lada sulah.
  14. Masukkan spaghetti rebus dan kacau sekata. Boleh tambah minyak kalau kurang.
  15. Keluarkan udang sebab takut terlebih masak.
  16. Masukkan sotong, masuk sotong lambat sikit sebab takut sotong jadi liat kalau terlebih masak.
  17. Masukkan serbuk lada sulah (tabur atas sotong).
  18. Tambahkan chilli flakes, lada sulah dan parsley.
  19. Masukkan air pasta tadi, garam dan kiub ayam (pilihan).
  20. Masukkan balik udang, tabur serbuk parmesan dan sedia untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Untuk rebus spaghetti gunakan periuk yang besar dan tinggi sebab kita akan guna air yang banyak.
  • Semasa masak, keluarkan udang sebab takut terlebih masak. Boleh biarkan kalau renyah.
  • Masukkan sotong lambat sikit sebab takut sotong jadi liat bila masak lama.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kedua Spaghetti Aglio Olio 

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 10 orang

 

Bahan-bahan:
  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
  • 2 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 mangkuk besar udang, buang kulit
  • 4 ekor sotong, buang lapisan kulit
  • capsicum hijau
  • capsicum merah
  • tomato kecil, potong 2 jika suka
  • daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.

 

Cara Penyediaan:
  1. Rebus spaghetti dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

 

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUKAN LAIN:

 

Leave a Comment