Solat Tahajud: Niat, Cara Solat & Doa Mustajab

Ketahui panduan solat tahajud yang mudah dan boleh diamalkan pada setiap hari.

Solat Tahajjud

Solat Tahajud: Terapi untuk kesihatan mental dan penguat Iman

 

Solat Tahajud merupakan salah satu amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam dan menggambarkan hubungan yang indah antara hamba dan Penciptanya pada sepertiga malam terakhir. Amalan ini bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah SWT malah mendatangkan keampunan, ketenangan jiwa dan pelbagai keberkatan dalam kehidupan.

Memberi tenaga pada malam dengan Solat Tahajjud, umat Islam berpeluang untuk berfikir lebih mendalam tentang tujuan penciptaan, kehidupan dan akhirat, serta memperbaharui niat dan komitmen mereka untuk kehidupan yang diredhai Allah SWT. Solat Tahajud bukan sekadar ibadah rutin tetapi perjalanan rohani yang membawa kepada perubahan peribadi dan peningkatan ketaatan. 

Solat sunat tahajjud digalakkan agar didirikan setiap malam. Solat Tahajud ini seharusnya menjadi amalan lazim setiap muslim dalam usaha mendapat keredhaan dan keampunan Allah SWT.

“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya sebagai solat tambahan bagi kamu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

 Surah al-Isra’ ayat 79

 

Waktu Solat Tahajjud

Solat Tahajjud idealnya dilakukan setelah bangun tidur, lebih tepatnya pada akhir malam, sebelum terbitnya fajar Subuh. Waktu Tahajjud terbaik adalah 1/3 malam terakhir, sekitar pukul 3 atau 4 pagi, dan berlanjut hingga waktu Subuh.

  • Waktu bermula: Selepas bangun dari tidur malam
  • Waktu berakhir: Apabila masuknya waktu subuh

Jika seseorang bangun untuk sahur, disarankan untuk mengerjakan Solat Tahajjud terlebih dahulu, sebelum memulakan makan sahur. Jadi, selagi waktu Subuh belum masuk, masih ada peluang untuk mengerjakan Solat Tahajjud.

Ulama berbeza pendapat tentang Solat Tahajjud. Menurut Imam al-Qurtubi, tahajjud bererti bangun dari tidur. Walau tidur bukan syarat, paling afdal adalah tidur dahulu, bangun, dan mengerjakan solat Tahajud, mengikuti sunnah Rasulullah. Ini menunjukkan kesungguhan melawan malas dan mengantuk.

 

Niat Solat Tahajud

Lafaz niat Solat Tahajjud adalah seperti berikut:

 Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala. 

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.

 

Bilangan Rakaat Solat Tahajjud

Secara ringkasnya bilangan rakaat Solat Tahajud boleh dilakukan

  • 2 – 12 rakaat dengan witir
  • Sebanyak mana yang kita mampu tetapi sekurang-kurangnya 2 rakaat

 

Bilangan rakaat solat sunat tahajjud tidak ditentukan secara spesifik, minimumnya dua rakaat. Tahajud boleh dilakukan dua, empat, enam, lapan, atau dua belas rakaat, atau mengikut kemampuan anda. Nabi SAW menyeru untuk bersolat malam sekalipun hanya dua rakaat. Tatacara perlaksanaannya sama dengan solat sunat yang lain.

Nabi SAW bersabda dalam sebuat hadis:

Solatlah daripada sebahagian malam sekalipun empat rakaat, solatlah sekalipun dua rakaat. Tidak ada daripada ahli keluarga yang dikenali yang mana mereka sentiasa bersolat malam kecuali akan diserukan kepada mereka oleh seorang penyeru: Wahai ahli keluarga ini! Bangunlah bersolat malam.”

– Hadis riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Imam

 

Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.

Perlaksanaan cara solat tahajud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

 

Cara Menunaikan Solat Tahajud

  • Solat Tahajjud dimulakan dengan takbiratul ihram sambil berniat dalam hati: “Sahaja Aku Solat Tahajjud Dua Rakaat Kerana Allah Taala”.
  • Kemudian bacalah Surah al-Fatihah. Setelah itu, bacalah surah-surah lazim seperti Surah al-Kafirun.
  • Seterusnya lakukan rukuk, sujud dua kali dan bangun semula untuk rakaat kedua dengan menjaga tuma’ninah.
  • Rakaat kedua dimulakan dengan takbir intiqalat. Kemudian bacalah Surah al-Fatihah dan surah lazim yang seterusnya seperti Surah al-Ikhlas.
  • Kemudian lakukan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir untuk rakaat kedua. Akhiri Solat Tahajjud dengan memberi salam.
  • Selesai solat, sempurnakan solat dengan bacaan wirid dan doa tahajjud.

 

Tatacara lengkap mengerjakan Solat Sunat Tahajud secara langkah demi langkah adalah seperti di bawah ini:

Rakaat Pertama:

  • Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Tahajjud dalam hati.

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

 

  • Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca doa Iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn.

 

  • Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca Surah al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada mana-mana surah al-Quran.

Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah Surah al-Kafirun:

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn.

 

  • Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih.

 

  • Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh.

 

  • Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih.

 

  • Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni.

 

  • Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih.

 

  • Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

 

Rakaat Kedua:

  • Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

 

  • Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan Surah al-Fatihah.

 

  • Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula Surah al-Ikhlas:

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad.

 

  • Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
  • Kemudian Bangun Iktidal
  • Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
  • Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud
  • Kemudian Lakukan Sujud Kedua
  • Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan Tahiyyat Akhir 

 

  • Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah.

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah.

 

 

Sumber:
akuislam.com

BACAAN LAIN:

Leave a Comment