SEMAK SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 DISINI

Hasil daripada setiap subsidi yang dijimatkan dan bersasar kepada rakyat yang memerlukan, kerajaan mempunyai lebihan hasil. Hasil yang berlebihan itu, pihaj kerajaan akan memberi bantuan tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.

Bantuan itu bertujuan membantu orang ramai menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup.

Bagaimana cara menyemak status penerima Bantuan Tunai Rahmah? Sila ikut arahan selanjutnya di sini.

Senarai Penerima Bantuan

Cara Bantuan Tunai RAHMAH 2024 Di Bayar

Pembayaran untuk bantuan tunai Rahmah berbeza-beza berdasarkan jenis bantuan dan penerima, seperti berikut:

JENIS BANTUANKAEDAH PENGKREDITAN
Sumbangan Tunai RahmahBagi penerima yang mempunyai akaun bank
akan dikreditkan ke dalam akaun bank /
disalurkan secara tunai di cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN).
Sumbangan Asas RahmahBagi penerima di Semenanjung Malaysia akan
dikreditkan ke dalam MyKad penerima /
bagi penerima di Sabah, Sarawak dan W.P
Labuan akan dikreditkan secara tunai ke
dalam akaun bank atau di BSN.
Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Tarikh Bantuan Tunai Rahmah Di Masukkan 2024

Pengkreditan untuk Bantuan Tunai Rahmah adalah mengikut jadual seperti tarikh berikut :

JENIS BANTUANTARIKH PENGKREDITAN
Sumbangan Tunai RahmahFasa 1 : 29 Jan – 02 Feb 2024
2 : April 2024
3 : Ogos 2024
4 : November 2024
Sumbangan Asas RahmahPenerima Semenanjung Malaysia :
setiap bulan dikreditkan secara automatik
22 Jan 2024 sehingga 1 Disember 2024.
Penerima Sabah dan Sarawak :
dua (2) kali setahun pada
19 Feb 2024 dan 12 Ogos 2024.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Bantuan Tunai Rahmah akan dimasukkan mengikut kategori kelayakan dan dalam jumlah berikut :

  1. Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
    • Tiada anak : RM1,000 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
    • 1-2 anak : RM1,500 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
    • 3-4 anak : RM2,000 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
    • 5 ke atas : RM2,500 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
  2. Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • Tiada anak : RM500 dan tambahan RM300.
    • 1-2 anak : RM750 dan tambahan RM300.
    • 3-4 anak : RM1,000 dan tambahan RM300.
    • 5 ke atas : RM1,250 dan tambahan RM300.
  3. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM600 dan tambahan RM150 atau RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
  4. Kategori Bujang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan :
    • RM350 dan tambahan RM150 atau RM600 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).

Semak Senarai Penerima Bantuan Tunai Rahmah

Ikuti cara semak senarai penerima Bantuan Tunai Rahmah seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Maklumat Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan bantuan di atas, anda boleh hubungi di talian berikut berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : str@mof.gov.my
  • SARA :
    • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
    • E-mel : info@mykasih.com

Leave a Comment