Senarai nama penerima bantuan STR RM 2000 serta kadar bayarannya mengikut kategori di sini untuk pastikan anda tidak terlepas peluang mendapat manfaat yang anda layak.
BANTUAN STR RM 2000
Dalam Bajet MADANI kedua (Bajet 2024), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah konsep payung Rahmah. STR bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi kos sara hidup.
Pembayaran STR fasa pertama telah bermula pada 29 Januari 2024 kepada penerima yang telah didaftarkan dalam pangkalan data STR, melalui akaun bank atau Bank Simpanan Negara (BSN) mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR RM 2000
Fasa | Tarikh Bayaran |
Fasa 1 | 29 Januari 2024 |
Fasa 2 | 3 April 2024 |
Fasa 3 | Ogos 2024 |
Fasa 4 | November 2024 |
KADAR BANTUAN STR RM 2000
Kategori Bantuan | Nilai Bantuan |
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM1,000 (Tiada anak) RM1,500 (1-2 anak) RM2,000 (3-4 anak) RM2,500 (5 ke atas) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM500 (Tiada anak) RM750 (1-2 anak) RM1,000 (3-4 anak) RM1,250 (5 ke atas) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 600 |
Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM350 |
SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN STR RM 2000
Anda boleh semak status permohonan STR melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Proses semakan adalah seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan: Status Permohonan & Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat yang disampaikan di atas diperoleh daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu berkenaan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berkuasa melalui:
Talian Penting STR HASiL: 1-800-88-2747
Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel: str@mof.gov.my
RUJUKAN DAN PAUTAN PENTING
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
Bantuan Kewangan ASASI RM 2500 untuk B40 : Semak kelayakan anda disini!