Senarai Dokumen Untuk Buat Pasport Malaysia: Panduan Lengkap

Dapatkan panduan lengkap tentang dokumen diperlukan untuk buat pasport Malaysia. Mudah dan cepat, miliki pasport anda tanpa masalah!

Sebelum anda menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Imigresen Malaysia untuk membuat passport Malaysia, adalah baik jika anda menyemak dahulu senarai dokumen yang diperlukan. Tanpa dokumen yang lengkap, permohonan anda tidak akan diproses oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Baca Juga : 10 Rutin Harian yang Akan Mengubah Hidup Anda

Latar Belakang Pasport Malaysia

A push for 10-year passports | The Star

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Pasport Malaysia adalah dokumen perjalanan sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk maksud perjalanan ke luar negara. Tempoh sah laku pasport adalah LIMA (5) tahun dari tarikh dikeluarkan.

Bagi permohonan kali pertama:

  • Pemohon dikehendaki hadir ke pejabat pasport dan melakukan permohonan di kaunter.
  • Pemohon berusia di bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu/bapa/penjaga yang sah.

Untuk warganegara Malaysia yang ingin membuat pasport buat kali pertama, berikut adalah senarai dokumen yang perlu dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.

Senarai Dokumen Untuk Buat Pasport

pasport malaysia

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan mengikut kategori usia dan keadaan pemohon.

A. Pemohon Berumur 18 Tahun Dan Ke Atas

Jenis PemohonanSyarat-Syarat
Lahir di MalaysiaMyKad pemohon. Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09) diperlukan.
Lahir luar negaraMyKad pemohon. Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW). Dokumen perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
Pemohon warganegara Malaysia dari Sabah/Sarawak yang mohon kali pertama di Semenanjung MalaysiaMyKad pemohon dan Sijil Lahir. Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak. Jika tiada tanda tersebut, penyelarasan diperlukan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan diberikan selepas 5 hari bekerja.
Pegawai dan Anggota TenteraKad Pengenalan tentera / My Tentera
Pegawai dan Anggota PolisKad Pengenalan tentera dan Sijil Lahir

B. Pemohon Berumur Di Bawah 18 Tahun

Jenis PemohonanSyarat-Syarat
Lahir di MalaysiaMyKad / MyKid pemohon, Sijil Lahir pemohon, MyKad ibu/bapa (ibu atau bapa perlu hadir).
Lahir luar negaraMyKad / MyKid pemohon, Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW), Dokumen perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia, MyKad ibu/bapa (ibu atau bapa perlu hadir).
Pemohon warganegara Malaysia dari Sabah/Sarawak yang mohon kali pertama di Semenanjung MalaysiaMyKad / MyKid pemohon dan Sijil Lahir, Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW), MyKad ibu/bapa (ibu atau bapa perlu hadir). Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan selepas 5 hari bekerja.
Jika ibu dan bapa telah meninggal duniaMyKad / MyKid pemohon, Sijil Lahir pemohon, Sijil kematian ibu/bapa, Surat sumpah hak penjagaan anak oleh penjaga yang sah, Kad Pengenalan / Pasport penjaga yang sah, Sijil Lahir penjaga yang sah (jika perlu).
Jika ibu dan bapa berceraiMyKad / MyKid pemohon, Sijil Lahir pemohon, Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak, MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah.
Jika pemohon adalah anak angkatMyKad / MyKid pemohon, Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), MyKad ibu/bapa angkat / pasport yang sah.
Jika pemohon telah berkahwinMyKad pemohon, Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai).

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai senarai dokumen untuk buat pasport, sila hadir ke pejabat Jabatan Imigresen Malaysia yang berdekatan atau ke ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di:

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri)
No. 15, Tingkat 1-7, (Podium)
Persiaran Perdana, Presint 2,
62550 Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 (MyGCC)
Maklumbalas Portal: webmaster@imi.gov.my

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di sini.

Baca Juga : Pencegahan Batu Karang: 5 Tip yang Wajib Anda Ketahui

Leave a Comment