Senarai Bantuan Bulanan JKM 2024 – B40 dan M40 layak mohon bulan ini.

Anda B40 atau M40 yang perlukan bantuan? Jadilah yang terawal memohon bantuan kewangan JKM sehingga RM1500 untuk tahun 2024. Senarai lengkap dan panduan mohon disini.

Bantuan Bulanan JKM 2024

BANTUAN BULANAN

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kerajaan Persekutuan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan beberapa program skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia pada tahun ini. Pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan di bawah Bajet Belanjawan 2024.

Senarai Bantuan Bulanan JKM

Terdapat pelbagai jenis bantuan bulanan yang ditawarkan oleh JKM bagi golongan yang memerlukan dan memenuhi syarat kelayakan. Berikut adalah senarai bantuan bulanan yang disediakan serta kadar bayaran yang ditawarkan:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK): Sehingga RM1,000 sebulan
  • Bantuan Warga Emas (BWE): RM500 sebulan
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP): RM200 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan (BA): Sehingga RM350 sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP): Sehingga RM450 sebulan
  • Elaun Pekerja OKU (EPOKU): RM450 sebulan

Semak Info Lanjut Setiap Bantuan

Kriteria Kelayakan Bantuan Bulanan JKM

Setiap bantuan mempunyai kriteria kelayakan yang berbeza yang telah ditetapkan oleh JKM. Berikut adalah syarat asas kelayakan bagi permohonan bantuan kebajikan:

  1. Warganegara Malaysia:
    • Pemohon mesti seorang warganegara Malaysia.
  2. Pendapatan Isi Rumah:
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  3. Mematuhi Syarat Tambahan:
    • Mematuhi syarat tambahan yang telah ditetapkan mengikut bantuan yang dimohon.

Nota: Setiap permohonan bantuan di bawah skim bantuan kebajikan masyarakat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi pengesahan kelayakan bantuan kepada setiap pemohon.

Borang Permohonan Bantuan JKM 2024

Bagi mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan bantuan boleh dibuat sepanjang tahun ini. Panduan lengkap cara memohon dan borang permohonan telah disediakan. Sila layari laman portal rasmi – eBantuan JKM 2024.

Cara Semak Bantuan JKM

Maklumat Lanjut

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Untuk maklumat lanjut dan senarai insentif bantuan yang tersedia pada tahun ini yang masih boleh dimohon, sila lihat di sini – SEMAK DI SINI sebagai rujukan umum.

Semoga kandungan ini bermanfaat dan memberikan panduan yang jelas kepada rakyat Malaysia yang berkeperluan untuk memohon bantuan bulanan yang disediakan oleh JKM.

 

Leave a Comment