Panduan lengkap untuk Bantuan Perubatan Madani RM250, termasuk kelayakan, cara permohonan, dan senarai penerima bantuan sehingga RM250 untuk golongan B40 di Malaysia.
Bantuan Perubatan Madani RM250
Skim Perubatan MADANI merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia, diperkenalkan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia, khusus untuk memenuhi keperluan kesihatan penduduk kategori B40. Program ini menyasar penjagaan kesihatan primer untuk rawatan penyakit-penyakit umum.
Warga B40 yang merupakan penerima Sumbangan Wang Tunai (STR) berhak menerima rawatan pada kadar yang ditetapkan di klinik perubatan swasta (GP) yang terdaftar di bawah Skim Kesihatan Madani ini.
Baca Juga : Cara Mohon Bantuan Tambahan STR
Kelayakan Bantuan
- Penerima Sumbangan Wang Tunai (STR) Rahmah, termasuklah keluarga, warga emas tanpa pasangan dan individu bujang, layak secara automatik.
- Penerima harus mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima faedah dari program kesihatan yang serupa dari majikan, kerajaan negeri, atau agensi lain.
Senarai Rawatan yang Diperolehi
- Demam dan Selsema
- Cirit-birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit Kepala
- Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang Tidak Termasuk
- Imunisasi Rutin
- Saringan Kesihatan
- Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin
- Perancangan Keluarga Rutin
- Perkhidmatan Rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan Suplemen
Kategori dan Kadar Bantuan
- Isi Rumah Berkeluarga – RM250
- Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
- Bujang – RM75
Cara Mendapatkan Bantuan
- Semak kelayakan anda di aplikasi MySejahtera.
- Bawa ID atau dokumen pengenalan ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI.
- Layari laman web atau aplikasi untuk mengekalkan rekod semakan klinik yang berdaftar.
Semak Baki Bantuan
- Notifikasi akan dihantar ke telefon bimbit anda selepas rawatan.
- Baki boleh diperiksa ketika konsultasi di klinik.
- Untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi +603-8687 2525.
Pautan & Rujukan
Untuk lebih keterangan, sila kunjungi pautan yang disediakan. Skim ini bertujuan memberi manfaat kesihatan kepada golongan B40 agar mereka dapat menikmati akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti tanpa bebanan kewangan yang tinggi.
Baca Juga : Jadual bayaran STR 2024