Panduan cara mohon MyKid dan semakan Mykid 2024.
PENGENALAN MYKID
MyKid merupakan kad pengenalan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, dikeluarkan dengan cip terbenam. Ia memiliki ciri-ciri yang sama dengan MyKad tetapi tidak mempunyai gambar dan cap jari.
Huruf “My” bermaksud “Malaysia” manakala “Kid” merujuk kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan pada MyKid digunakan untuk semua urusan dari lahir hingga akhir hayat.
KELEBIHAN MYKID
- Kurangkan keperluan untuk borang apabila berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta.
- Digunakan untuk berurusan dengan jabatan atau institusi seperti hospital, klinik, sekolah, dan lain-lain.
- Saiz kecil, mudah dibawa.
- Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelakkan penyalahgunaan.
- Teknologi cip boleh membaca maklumat pada kad atau di dalam cip, dan mengemaskini maklumat adalah mudah.
- Reka bentuk yang menarik.
CARA MEMOHON MYKID
- Permohonan Atas Talian/Online
- Layari laman web rasmi JPN
- Klik pada “Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian”.
- Sebuah paparan pop-up akan muncul di skrin. Tekan “OK”.
- Kemudian, satu lagi pop-up akan muncul di skrin. Tekan “Always Show”. Setelah itu, anda akan dapat melihat menu “Daftar Pengguna Baru”. Klik pada butang tersebut.
- Anda akan diarahkan ke portal myGovernment, iaitu aplikasi mudah alih Portal Kerajaan Malaysia yang direka untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan digital dan maklumat kerajaan.
- Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap (Status Kewarganegaraan, Nombor Kad Pengenalan, Nama Penuh, Emel, Kod, dan Telefon).
- Buka emel anda untuk mengaktifkan kata laluan. Dalam emel, klik pada kotak biru untuk mengesahkan ID yang didaftarkan sebelumnya.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan, dan log masuk ke portal JPN.
- Isi borang pendaftaran kelahiran dalam talian dengan lengkap untuk semua butiran yang diperlukan.
- Setelah semua maklumat diisi, anda akan menerima notifikasi yang mengatakan “Permohonan Anda Telah Berjaya”.
- Permohonan Walk-In
Bagi mereka yang ingin memohon terus MyKid, anda perlu melawat sendiri Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran.
Anda perlu membawa dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan bapa, salinan kad pengenalan ibu, salinan sijil kelahiran bayi, salinan sijil nikah ibu bapa dan sebagainya.
CARA SEMAKAN MYKID
Untuk menyemak status MyKid, anda boleh mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Pergi ke pautan Semakan Status MyKid.
- Anda akan dibawa ke halaman semakan status MyKid.
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti Nombor Kad Pengenalan (MyKId) anak anda.
- Klik butang “Semak” atau “Check” untuk meneruskan semakan.
- Anda akan melihat status permohonan MyKid anak anda di skrin, sama ada “Sedia untuk diambil” atau “Belum siap”.
Semakan Cawangan JPN & Waktu Operasi
Untuk memohon, kunjungi cawangan JPN atau pusat UTC terdekat yang disenaraikan di: Direktori Cawangan JPN
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di: Portal JPN
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000
Faks: 03-8880 8288
Emel : pro@jpn.gov.my