Panduan rasmi untuk semakan status bantuan ewallet RM300 tahun 2024. Ikuti langkah-langkah mudah untuk mengetahui status permohonan bantuan anda.
Baca Juga : 10 Keperluan Harian di IKEA Bawah RM20 yang Anda Perlu Beli!
Semak Status Bantuan Ewallet RM300
Penggunaan aplikasi e-Wallet yang semakin popular untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) memudahkan pembeli dan penjual dalam transaksi atas talian. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET RM300 2024
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan sebanyak RM300 setiap bulan ke dalam akaun e-Wallet penerima yang layak pada tarikh:
PERKARA | TARIKH |
Pengkreditan Bantuan e-Wallet | Setiap 5 hingga 15 hari bulan |
TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN EWALLET RM300 2024
Bantuan e-Wallet akan diberikan sebanyak RM300 setiap bulan selama tempoh dua (2) tahun berturut-turut. Sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan selama lebih tiga (3) bulan, bantuan akan dihentikan dengan serta merta.
MANFAAT BANTUAN EWALLET RM300 2024
Berikut merupakan manfaat yang bakal diperoleh penerima bantuan ini:
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (guna kod QR e-Wallet);
- Bantuan e-Wallet boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar;
- Had pembelian sebanyak RM300 setiap bulan;
- Kerajaan akan menambah nilai bantuan setiap bulan secara automatik;
- Bantuan RM300 perlu dihabiskan setiap bulan kerana baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SENARAI BARANG BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN EWALLET RM300 2024
Hanya barangan yang disenaraikan berikut boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan e-Wallet:
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayuran dan buah-buahan
- Daging ayam, lembu, kambing, dan ikan
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam, dan sebagainya
- Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik
SENARAI KEDAI TERPILIH BANTUAN EWALLET
Terdapat lebih dari 265 kedai yang menerima pembelian menggunakan Bantuan e-Wallet. Untuk mengetahui senarai kedai terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini: Senarai Kedai Terpilih.
CHECK BANTUAN EWALLET RM300 2024
Ikuti langkah berikut untuk memeriksa status Bantuan e-Wallet RM300:
PERKARA | PAUTAN |
Portal Rasmi Bantuan e-Wallet | https://www.bingkasselangor.com/ |
- Sila klik pautan Portal Rasmi di atas.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-), contoh: 0123456789.
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian hotline: 1-800-22-6600.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk memudahkan carian pelawat. Kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.
Baca Juga : Dapatkan 2 Pek Kopi Percuma Dengan Mudah – Baca cara disini!