Saringan Kesihatan Percuma 29 & 30 Jun ini! Daftar di SELangkah Sekarang!

Saringan Kesihatan Percuma SELANGKAH Penduduk Selangor diseru untuk mengambil bahagian dalam program saringan kesihatan percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri pada 29 dan 30 Jun. Inisiatif yang bernaung di bawah Selangor Saring ini akan diadakan …

SARINGAN KESIHATAN

Saringan Kesihatan Percuma SELANGKAH

Penduduk Selangor diseru untuk mengambil bahagian dalam program saringan kesihatan percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri pada 29 dan 30 Jun. Inisiatif yang bernaung di bawah Selangor Saring ini akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Gombak Setia pada 29 Jun dan bertempat di Dewan Sri Jugra pada 30 Jun.

Baca Juga : Program Bantuan iSejahtera

SARINGAN KESIHATAN

Menurut EXCO Kesihatan, Jamaliah Jamaluddin, inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan saringan kesihatan menyeluruh termasuk penyakit jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser, mata, telinga dan gigi. Rakyat digalakkan untuk mendaftar awal melalui aplikasi SELangkah – Langkah Masuk Dengan Selamat, yang membolehkan penilaian risiko kesihatan individu secara awal melalui borang saringan yang disediakan dalam aplikasi.

Untuk sebarang pertanyaan atau kesulitan berkaitan proses pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi Selcare di talian 1800226600. Jamaliah menambah peruntukan sebanyak RM3.2 juta telah diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari melalui pembentangan Belanjawan Selangor 2024 untuk meneruskan program saringan kesihatan percuma ini.

Program ini dirancang khusus untuk membantu penduduk Selangor mengesan penyakit pada tahap awal, terutamanya bagi individu dengan sejarah penyakit dalam keluarga, masalah obesiti, atau mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjalani saringan kesihatan secara percuma – daftarkan diri anda sekarang melalui aplikasi SELangkah.

Baca Juga : 20 Manfaat Apple Cider Vinegar

Leave a Comment