RM1800 menanti anda dalam MyKad! Cepat semak nama anda dan manfaatkan peluang istimewa ini sebelum terlambat.
Baca Juga : Hidup Bebas Hutang: 8 Tips Simpan Duit untuk Bujang B40!
RM1800 dalam MyKad Anda – Bantuan B40
Amaun Bantuan B40 Dalam MyKad Terbaru 2024
Bantuan diberikan bukanlah sebanyak RM1,800 sepenuhnya, tetapi mengikut kelayakan penerima seperti berikut:
Kelayakan Penerima | Kadar Amaun Bantuan Dalam MyKad |
Penerima Berkeluarga | RM1,200 setahun |
Penerima Bujang | RM600 setahun |
Tempoh Pemberian Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Penerima akan menerima bantuan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas.
Senarai Negeri Penerima Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Hanya penerima yang beralamat di negeri-negeri berikut sahaja layak menerima bantuan dalam Mykad:
- Selangor
- Putrajaya
- Kuala Lumpur
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
Kegunaan Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk membeli:
- Barangan keperluan asas dapur: Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, dan bahan perasa.
- Barangan keperluan kebersihan dan kesihatan: Produk sabun, shampoo, ubat gigi dan ubat-ubatan.
- Barang kelengkapan sekolah: Alat tulis, kasut, pakaian seragam, buku dan lain-lain.
Semak Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 Terbaru 2024
Ikuti cara semak penerima Bantuan B40 Dalam MyKad RM1800 terbaru seperti berikut:
- Sila layari laman rasmi di sini: app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan betul tanpa (-). Contoh: 83XXXXXXXXXX.
- Masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
Rujukan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut:
Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Penafian
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat serta memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq.
Baca Juga : Keretapi Sarong Kembali pada Tahun 2024 dengan Tema ‘Bangga Malaysia’