RM1200 Bantuan MyKad: Cara Mudah Semak Kelayakan B40 dan M40

Dapatkan maklumat terperinci mengenai bantuan RM1200 untuk B40 dan M40 melalui MyKad. Ketahui cara semakan dan syarat kelayakan sekarang!

RM1200 Bantuan MyKad

mykad

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Dengan kemajuan teknologi semasa, pembelian tanpa tunai menggunakan kad bank menjadi semakin lazim. Oleh yang demikian, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif bantuan yang dapat digunakan secara tanpa tunai melalui MyKad, sama seperti kad bank.

Kadar Pemberian RM1200 Bantuan MyKad

Pemberian bantuan ke dalam MyKad untuk tempoh setahun adalah sebanyak RM1,200. Bantuan ini akan disalurkan ke dalam MyKad penerima secara ansuran setiap bulan mengikut fasa iaitu sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan.

Jadual Pengkreditan RM1200 Bantuan MyKad

Pengkreditan bantuan ke dalam MyKad adalah secara ansuran setiap fasa seperti jadual berikut:

FasaTarikh PengkreditanJumlah Bantuan
Pertama (1)22/01/2024, 01/02/2024, 01/03/2024RM300 (RM100 + RM100 + RM100)
Kedua (2)01/04/2024, 01/05/2024, 01/06/2024RM300 (RM100 + RM100 + RM100)
Ketiga (3)01/07/2024, 01/08/2024, 01/09/2024RM300 (RM100 + RM100 + RM100)
Keempat (4)01/10/2024, 01/11/2024, 01/12/2024RM300 (RM100 + RM100 + RM100)

Nota: Keseluruhan bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah sebanyak RM1,200.

Cara Penggunaan RM1200 Bantuan MyKad

Bagi penerima yang disahkan, anda boleh menggunakan MyKad seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai terpilih berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli seperti beras, gula, biskut, telur, minyak masak, ubat-ubatan, dan sebagainya.
  3. Di kaunter bayaran, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih di bawah kategori yang diluluskan.
  5. Penerima perlu memasukkan nombor PIN 6-digit MyKad.
  6. Transaksi pembelian akan disahkan oleh juruwang.

Cara Semak Status RM1200 Bantuan MyKad

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyemak status Bantuan MyKad bagi fasa ketiga (3):

  1. Layari pautan rasmi ‘Check Status’.
  2. Bahagian ‘Check Status’ akan dipaparkan.
  3. Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
  4. Isikan nombor kad pengenalan pada ruangan tersebut tanpa tanda sempang (contoh: 780230084567).
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

Penafian

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini adalah semata-mata untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapatkan info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: MyKasih

Baca Juga : 10 Laptop Terbaik dengan Harga Mampu Milik Bawah RM2000

 

Leave a Comment