RM1200 Bantuan Barang Dapur Untuk B40. Semak Kelayakan Disini

RM1200 Bantuan Barang Dapur Untuk B40 : Bantuan terbaru untuk B40 membeli barang dapur kini dibuka! Cek kelayakan anda untuk menerima bantuan bernilai RM1200 bagi tahun 2024. Klik untuk maklumat lanjut!

Pengenalan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin dan miskin tegar eKasih. Pelaksanaannya ditambah baik pada tahun 2024 untuk memenuhi keperluan barangan asas dari Januari hingga Disember 2024. Setiap penerima layak akan menerima sumbangan berjumlah RM1200 atau RM600, bergantung kepada kategori kelulusan STR 2024.

Syarat Kelayakan RM1200 Bantuan Barang Dapur Untuk B40

RM1200 Bantuan Barang Dapur

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Untuk layak menerima SARA, penerima mesti memenuhi syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun ke atas.
  3. Berstatus isi rumah (berpasangan atau ibu/bapa tunggal).
  4. Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah garis Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  5. Beralamat di Semenanjung Malaysia.
  6. Lulus STR 2024.
  7. Tersenarai sebagai Miskin Tegar atau Miskin dalam data eKasih.

Senarai Barang Dapur yang Boleh Dibeli

Penerima boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan dapur asas dari senarai berikut:

  1. Beras: Jasmine, Jati, Bernas, Faiza, Cap Rambutan.
  2. Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White.
  3. Telur: Nutriplus, QL eggs, CP.
  4. Minyak Masak: Sri Murni, Saji, Alif, Daisy, Buruh, Knife, Vesawit.
  5. Tepung: Cap Sauh, Cap Lili, Faiza, Cap Ros, BlueKey.
  6. Biskut: Julie’s, Tiger, Munchys, Chipsmore, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng.
  7. Mi Segera: Indo Mie, Mamee, Maggi, Cintan, Mi Sedaap.
  8. Minuman: Tea Boh, Milo, Dutch Lady, F&N, Nescafe, Horlicks, Vico, Marigold, Quaker, Fernleaf.
  9. Makanan Dalam Tin: Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC Boy, King Cup.
  10. Bahan Perasa: Sos Puteri, Kimball, Life, Jalen, Cap Kipas Udang, Tamin, Maggi, Faiza, Planta.
  11. Lain-lain kategori produk keperluan asas seperti produk kebersihan, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan.

Proses Pemberian Bantuan

Proses pemberian bantuan SARA ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan: Tidak perlu memohon secara manual; kelayakan adalah automatik.
  2. Semakan dan Pendaftaran: Penerima disemak menerusi data eKasih.
  3. Akaun Dibuka Berdasarkan MyKad: Akaun akan dibuka mengikut nombor kad pengenalan.
  4. Pembelian Tanpa Tunai: Penerima boleh membeli barangan keperluan menggunakan MyKad di kedai atau pasaraya terpilih.
  5. Elaun Bulanan: Elaun sebanyak RM100 atau RM50 setiap bulan akan diterima mulai Januari 2024.

Kaedah Semakan Kelayakan SARA

Untuk menyemak kelayakan anda sebagai penerima SARA, ikuti langkah berikut:

  1. Klik pautan ini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor MyKad: Tanpa tanda sengkang (-).
  3. Masukkan Kod Captcha: Berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Klik “Semak Status.” Status penerima akan dipaparkan.

Rujukan dan Penafian

Segala maklumat dikumpulkan dari Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib melalui talian: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

Penafian: Artikel ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi atau mengenakan bayaran melalui maklumat ini.

 

Leave a Comment