Anda pasti tidak mahu ketinggalan rahsia di sebalik Shepherd Pie yang gempak ini! Apakah bahan rahsia yang mampu memukau setiap gigitan?
Kenapa ramai yang mengatakan rasa Shepherd Pie ini seperti berada di syurga? Baca sekarang untuk ketahui resipi penuh dan mula rasakan keajaibannya sendiri hari ini!
OMG! Resepi Shepherd Pie Gempak Ini Buat Anda Rasa Di Syurga Setiap Suapan!
Hari tu saya cuba buat Shepherd’s Pie, tapi rasa daging tu macam biasa-biasa je. Selepas beberapa percubaan, akhirnya jumpa resepi baru yang membuatkan rasa pie ni sama sedap dengan di restoran ternama!
Rasa lemak kentang dengan daging yang meleleh memang cukup memuaskan. Tak sia-sia cuba resepi ni, tak sabar nak masak lagi. Dapatkan resepi penuh sekarang dan cuba sendiri di rumah, pastinya seisi keluarga akan jatuh cinta!
Resepi Shepherd Pie Pertama
- Jumlah Hidangan: 6 orang
Bahan-bahan:
- 500g daging kisar (boleh juga digantikan dengan ayam atau kambing)
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 biji bawang besar kuning, cincang halus
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 10g tepung gandum
- 1 sudu besar Worcestershire sauce
- 1 sudu besar tomato puree
- 1 ketul kiub daging Knorr
- 1 helai daun bay
- 1 batang celeri, potong kiub kecil
- 500 ml air
- 1 batang kentang, potong dadu besar dan rebus
- garam secukup rasa
- Bahan untuk kentang putar:
- 1 kg kentang USA atau russet
- 1/2 cawan susu full cream Dutch Lady
- 40g butter
Cara Penyediaan:
- Cara untuk kentang putar:
- Kupas kulit kentang dan potong kepada 2-3 bahagian. Rebus bersama satu sudu kecil garam di dalam air yang penuh menutupi kentang sehingga empuk dan kemudian toskan air.
- Masukkan kentang yang panas ke dalam mangkuk dan hancurkan sekata menggunakan potato masher. Masukkan pula susu dan butter dan kacau sekata.
- Cara untuk Shepherd’s pie:
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar kuning sehingga lembut keperangan, kemudian diikuti bawang putih dan celeri.
- Selepas itu masukkan pula daging kisar dan kacau sehingga air yang keluar dari daging kisar tadi kering kerana dengan cara itu rasa daging lebih sedap.
- Apabila daging kisar telah kering airnya masukkantepung dan kacau seketika. Masukkan pula sos Worcestershire dan tomato puree. Kacau seketika.
- Tuang air ke dalam daging da masukkan kiub daging dan daun bay. Teruskan memasak di atas api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat selama lebih kurang 1 jam (Masak 1/2 jam sahaja kerana tak cukup masa). Angkat keluar daun bay.
- Tuang daging ke dalam mangkuk pie seramik atau kaca (Gunakan seramik pie dish berdiameter 26 cm. Ratakan daging dan taburkan sekata karot yang telah direbus di atas permukaan inti daging.
- Sendukkan kentang putar dan letakkan di beberapa bahagian atas pie dengan sekata dan ratakan menggunakan spatula. Tekan supaya kemas dan corak bahagian atas kentang menggunakan garfu dengan cara melorek atau doleh gunakan spatula untuk tekan menjadi seperti sisik ikan.
- Bakar pada suhu 220°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga bahagian atas keperangan.
- Sejukkan Shephard’s pie dan potong untuk menghidang.
Resepi Shepherd Pie Kedua
Bahan untuk mashed potato (lapisan kentang )
- 5 biji ubi kentang russet (kalau guna kentang biasa pun boleh tapi tambah jadi 7 biji)
- 1/2 cawan susu segar
- 3 sudu besar butter
- 1 sudu kecil serbuk lada putih/lada sulah
- Garam secukup rasa
Untuk inti
- 1 labu bawang Holland
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji tomato (jika suka)
- 1 botol kecil tomato puree
- 1 paket isi ayam/daging kisar
- 1 biji lobak merah (potong dadu)
- Sedikit serbuk lada hitam, lada sulah dan oregano
- 2 sudu besar sos cili
- Sedikit garam
- Egg wash(telur kuning+air sedikit)
- Cheese mozarella/ parmesan ( saya guna cheese slice)
- Butter untuk menumis
Cara Penyediaan:
1.Rebus kentang sampai empuk dan lenyekkan hingga halus.
2.Masukkan susu, butter, lada sulah dan garam
3.Gaul rata ketepikan.
4.Panaskan sedikit butter tumis bawang hingga layu
5.Masukkn isi ayam dan lobak merah
6.Masukkan tomato puree, sos cili, oregano, serbuk lada hitam dan lada sulah
7.Perasakan dengan garam.
8.Dah siap tutup api .
9.Ambil bekas/loyang sapukan butter sedikit bawahnya
10.Masukkan lapisan kentang dahulu
11.Masukkan pula isi ayam tadi
12.Letakkan cheese.
13.Ulang proses yang sama sampai habis dan akhir sekali bahagian atas mestilah lapisan kentang.
14.Sapukan egg wash.
15.Letakkan cheese dan taburkan parsley flakes.
16.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25- 30 minit
* kalau tengok bahagian atas dah keperangan maknanya dah masak.
Sumber: