Resepi Sandwich Sardin paling mudah & confirm sedap, keluarga pasti teruja!

Adakah anda sedang mencari resepi sandwich yang paling mudah tetapi tetap confirm sedap? Rasa seperti ingin mencipta sesuatu di dapur yang boleh buat seisi keluarga terpesona?

Jangan cari lagi kerana kami ada rahsia di sebalik resepi Sandwich Sardin ini yang pasti buat anda tergoda!

Sandwich Sardin

Resepi Sandwich Sardin paling mudah & confirm sedap, keluarga pasti teruja!

 

Anda tak percaya? Hari tu saya cuba buat sandwich sardin tapi rasa tak berapa kena. Macam ada yang kurang. Tapi, lepas guna resepi baru ni, rasa sandwich sardin saya sama macam yang dihidangkan di kafe hipster terkenal tu! Betul-betul tak sia-sia cuba resepi ni. Roti yang lembut dengan inti sardin yang pedas dan penuh perisa, membuatkan sesiapa sahaja tak boleh berhenti makan. Resepi ni memang sangat mudah dan bahan-bahan dia pun senang nak cari. Jangan lepaskan peluang untuk cuba resepi padu ni. Anda pasti terkejut dengan hasilnya!

 

Resepi Sandwich Sardin

 

Bahan-bahan:
  • 1 tin kecil sardin (sebarang jenama)
  • Sedikit cili kisar / cili boh
  • Bawang merah (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang
  • Bawang putih (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Gula & garam secukup rasa
  • Lada hitam secukupnya
  • Sedikit kicap
  • 1 keping keju cheddar
  • 1 biji telur
  • Mayones secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

 

Cara Penyediaan:

1. Tumis cili kisar / cili boh bersama dengan bawang merah dan bawang putih.

2. Bila sudah garing, masukkan sardin bersama sosnya sekali. Kacau dan biarkan sedikit hancur.

3. Masukkan serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap. Sebatikan.

4. Seterusnya masukkan keju cheddar yang telah dicarik. Gaul rata.

5. Kemudian masukkan telur. Ia bertujuan supaya bila makan sandwich, akan rasa kenyang. Kacau telur jangan sampai hancur.

6. Inti sardin siap dimasak. Biarkan sejuk seketika. Pastikan inti tidak terlalu berminyak kerana ia akan membuatkan sandwich jadi tidak nampak sempurna.

7. Masukkan inti sardin ke dalam mangkuk. Campurkan mayones dengan secukupnya untuk rasa sedikit berlemak.

8. Ambil roti dan sapukan inti sardin tadi mengikut cara masing-masing.

9. Sandwic inti sardin sedap sedia untuk dinikmati.

 

 

Sumber:

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment