Resepi Sambal Tumis Udang: 2 cara mudah yang sedap & jadi kegemaran ramai!

Adakah anda telah bersedia untuk menggoda selera dengan kepedasan yang mengasyikkan?

Ikuti kami membongkar rahsia Resepi Sambal Tumis Udang yang tak hanya sedap tapi juga mampu membuka selera siapa saja yang mencium aromanya!

Resepi Sambal Tumis Udang

Resepi Sambal Tumis Udang: 2 cara mudah yang sedap & jadi kegemaran ramai!

 

Bayangkan keharuman bawang yang digoreng hingga keemasan, bercampur dengan kepedasan cili yang ditumis hingga pecah minyak, mengundang selera siapa saja yang mencium aromanya. Resepi Sambal Tumis Udang ini bukan sekadar menawarkan zing kepedasan yang menyengat bibir, tetapi juga kelazatan udang yang lembut dalam sambal tumis yang sungguh memukau. Setiap suapan yang asli, seolah-olah membawa anda dalam satu perjalanan nan indah, di mana membawa aroma masakan kampung yang tulen. Ini bukan saja resepi ia adalah pengalaman gastronomi yang akan meninggalkan kesan di hati dan jiwa penggemar makanan laut.

 

Resepi Pertama Sambal Tumis Udang

  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 30-40 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

 

 

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo udang
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4-5 biji bawang merah kecil
  • 1/2 inci halia
  • 10-15 tangkai cili kering
  • Sedikit air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar gula merah @ gula perang
  • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk penyediaan bahan sambal:
    1. Hiris nipis 1 biji bawang besar untuk tumisan.
    2. 1 biji lagi bawang besar, potong membulat tebal-tebal, untuk taburan akhir.
    3. Potong kasar bawang besar, bawang putih, bawang merah kecil, dan halia.
    4. Cili kering, gunting halus kemudian rebus sampai mendidih dan lembut.
    5. Masukkan cili kering, bahan potong kasar tadi, air sikit dan kisar halus.
    6. Air asam jawa tuang air panas, biar lembut, nanti kita ramas sampai jadi pekat.

 

  • Cara-cara untuk udang:
    1. Trim bahagian kepala dan bersihkan tali hitam belakang udang.
    2. Bila dah siap, boleh basuh bersih dan tabur garam sikit.
    3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang separuh masak (lebihkan sikit minyak sebab kita akan guna minyak yang sama untuk masak sambal).
    4. Bila sebelah dah bertukar jadi merah, cepat-cepat alih.
    5. Angkat semua udang dan ketepikan dulu.

 

  • Cara-cara sambal:
    1. Minyak goreng udang tadi kita guna balik untuk masak sambal.
    2. Tumis bawang besar sampai layu.
    3. Bila dah cukup layu, tuang masuk semua bahan kisar dan tumis sampai masak garing.
    4. Masukkan air kocak blender, dan terus masak sampai sambal kering, bertukar warna gelap sikit, dan pecah minyak.
    5. Bila dah mula pecah minyak, masukkan, sos tiram, sos cili, air asam jawa, gula merah (atau gula perang). Kalau tak suka manis, letak sikit je cukup.
    6. Sambung masak sampai kering.
    7. Tambah air 3 kali masa proses renehkan sambal ni, biar masak elok.
    8. Sambal dah pecah minyak, boleh masukkan udang.
    9. Kacau sekejap udang agak-agak masak.
    10. Last sekali, tabur dengan hirisan bawang besar dan masak sampai bawang layu.
    11. Okey dah siap. Boleh la hidang.

 

Tip Masakan:
  • Kalau buat sambal tumis, belajar kena tumis dgn bawang besar baru sedap.
  • Sebelum masak cili kering, kita kena tahu tahap kepedasan cili kering yang digunakan.
  • Kalau nak ada kulit, biar je kulit masa belah.
  • Minyak kena lebih sebab kita nak tumis sambal. Kalau sikit nanti kurang cantik kejadiannya.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Kedua Sambal Tumis Udang

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 3 orang

 

Bahan-bahan:
  • 500g udang, dibersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, potong nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram

 

Bahan untuk dikisar

    • 3 ulas bawang putih
    • 4 ulas bawang merah
    • 2 inci halia
    • 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
    • 1 biji bawang besar

 

Cara Penyediaan:
  1. Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
  5. Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

 

Tip Masakan:
  • Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.
  • Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurnna.

 

Sumber: Che Nom

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment