Resepi Paprik Ayam : Tips berguna dari Chef Kedai Tomyam!

Pernahkah anda terfikir, apa yang menjadikan Paprik Ayam begitu luar biasa sehingga selalu menjadi pilihan di restoran? Mari kita selusuri resepi paprik ayam yang bukan hanya mudah, tapi juga penuh dengan rasa yang akan membuat sesiapa saja terpikat!

 

Resepi Paprik Ayam

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Paprik Ayam : Tips berguna dari Chef Kedai Tomyam!

 

Di Malaysia, kepelbagaian makanan yang ada bukanlah sesuatu yang asing lagi, namun ada satu hidangan yang selalu berhasil mencuri perhatian dan meraih pujian dari setiap suapan. Jelajahi kenikmatan resepi Paprik Ayam yang tidak hanya mudah disediakan tapi juga memikat selera siapa saja yang merasainya.

Ayam yang lembut dengan campuran warna-warni sayuran dan citarasa pedas manis yang unik, menjadikan Paprik Ayam ini pilihan sempurna untuk mewarnai meja makan anda. Bersedia untuk memulakan perjalanan hidangan yang akan memanjakan lidah anda? Mari kita mulakan.

 

Resepi Pertama Paprik Ayam

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 2 ketul isi ayam (dada)
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes cili Thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • ½ batang lobak merah
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit air
  • 4-6 tangkai cili padi
  • 3-4 putik jagung
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • ½ biji bawang holland
  • Limau nipis

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk potong paprik:
    1. Cincang kasar bawang putih, hiris nipis halia dan bawang holland, titik/ ketuk halia sampai pecah.
    2. Untuk sayur, lobak merah hiris menyerong, putik jagung belah dua, kobis bunga potong kecil, kacang panjang potong 2 inci panjang dan cili padi buang tangkai dan belah hujung.
    3. Isi ayam potong kepada kiub kecil.

 

  • Cara-cara untuk masak paprik:
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai
    2. Masukkan cili kisar dan kacau sampai garing.
    3. Masukkan isi ayam dan serbuk lada putih kemudian kacau sampai separuh masak.
    4. Masukkan sos cili, pes cili thai / pes tomyam, sos tiram dan sos ikan.
    5. Masukkan lobak merah, kicap manis dan daun limau purut (carik dan buang tangkai)
    6. Tambah air untuk lebih berkuah dan masukkan cili padi, putik jagung, bunga kobis, minyak cili thai, sayur kacang panjang dan bawang holland.
    7. Akhir sekali tambah sos ikan (untuk penambah rasa sebab Che Nom tak masukkan garam), perahan limau nipis dan cepat – cepat tutup api

 

Tip Masakan:
  • Boleh tukar Pes cili thai dengan Pes Tomyam.
  • Masuk kacang panjang dan bawang holland waktu akhir supaya sayur masih ada rasa ranggup.
  • Tidak perlu masukkan garam, adjust masin dengan sos ikan sahaja.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Kedua Paprik Ayam

Bahan penting dalam masakan ini ialah sos ikan, sos tiram dan daun limau purut, inilah tips yang paling penting dari tukang masak Thai, tanpa ketiga-tiga bahan wajib ini masakan ini takkan merasa “kick”nya.

 

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 3 orang

 

Bahan-bahan:
  • 300 gram ayam (campuran bahagian isi dan tulang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 cm halia (hiris nipis)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil pes tomyam
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili api (dititik)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris kasar)
  • sedikit air
  • sedikit sos ikan (optional)
  • sayur (bunga kubis,kacang panjang dan lada benggala hijau)

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tom yam hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 atas api yang besar.
  3. Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas.

 

Tip Masakan:
  • Kalau nak pedas boleh tambah cili api.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment