Betul ke pajeri nenas ni boleh buat anda tergila-gila? Jawapannya ada di sini! Tidak perlu jadi chef profesional untuk mencipta hidangan meletup ini.
Baca sekarang untuk ketahui rahsia tersembunyi yang menjadikan pajeri nenas ini begitu mudah dan menyelerakan!
Resepi Pajeri Nenas Hit Meletup! Tak Sangka Senang & Sedap Giler!
Bila sebut pasal pajeri nenas, teringat pengalaman hari tu cuba resepi tradisional. Aduh, rasanya biasa saja, kurang kick! Tapi kali ni, saya guna resepi baru yang diajar oleh jiran sebelah yang sememangnya pakar masakan. Wah, rasa pajeri nenas ni macam terus terangkat ke syurga!
Tak sia-sia cuba resepi ni. Aroma rempahnya memang menggiurkan, kuahnya pekat dan cukup rasa. Tak percaya? Cuba sendiri, memang rasa sebiji macam chef profesional yang masak!
Resepi Pajeri Nenas
- Masa Penyediaan: 15 minit
- Masa Memasak: 15-20 minit
- Jumlah Hidangan: 4-5 orang
Bahan-bahan:
- 1 biji nenas
- 1/2 cawan minyak masak
- 4 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- **boleh juga tambah bunga cengkih dan buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
- 3 sudu besar serbuk kari daging
- sedikit air
- 50g ikan bilis (anggaran 1/2 cawan)
- 1 sudu besar udang kering
- **boleh gunakan ikan bilis sahaja atau udang kering sahaja
- 1/2 cawan santan (atau 1/2 kotak santan)
- 2-3 sudu besar kerisik
- Anggaran 2 sudu besar gula
- garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
- Potong nenas sedikit tebal, jangan terlalu nipis.
- Bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air.
- Tumbuk halus ikan bilis dan udang kering.
- Panas kan air dan celur nenas yang dipotong dalam air panas mendidih selama 2-3 minit. Kemudian, toskan air.
- Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan hiris nipis, 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan sedikit halba campur serta setangkai daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan bancuhan rempah, bahan tumbuk dan air. Masakkan sehingga pecah minyak.
- Masak sehingga kering dan berulang tambah sedikit air. Ulang langkah yang sama 3-4 kali.
- Masukkan nenas dan gaul rata.
- Taburkan gula dan masak nenas sehingga sebati dengan rempah-rempah tumis iaitu dalam anggaran 10-15 minit. Tambah air jika mahukan lebih kuah pajeri.
- Bila nenas sudah masak lembut, masukkan ½ cawan santan dan 3 sudu besar kerisik. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Sambung masak sehingga mendidih dan gaul kesemua bahan sehingga sekata. Boleh ditambah jika ada rasa yang kurang. Kemudian, pajeri nenas siap untuk dihidang.
Rujukan Video Penyediaan:
Sumber: Che Nom