Wow Serius Sedap! Resepi Nasi Kerabu Bunga Telang Ini Betul-Betul Padu – Anda Mesti Cuba!

Adakah anda pernah terfikir kenapa Nasi Kerabu Bunga Telang menjadi bualan ramai? Apa sebenarnya rahsia di sebalik warna biru menawan itu?

Ternyata, resepi tradisional ini menyimpan banyak keistimewaan yang pasti buat anda teruja. Baca untuk ketahui lebih lanjut tentang keunikan sajian yang memikat selera ini!

Resepi Nasi Kerabu Bunga Telang

Wow Serius Sedap! Resepi Nasi Kerabu Bunga Telang Ini Betul-Betul Padu – Anda Mesti Cuba!

 

Hari tu cuba masak nasi kerabu sendiri, tapi rasa nasi tu macam nasi putih biasa je, tak ada keistimewaan langsung. Tapi lepas guna resepi nasi kerabu bunga telang yang baru ni, rasa nasi terus berubah, sama macam yang dihidangkan di restoran terkenal!

Warna biru dari bunga telang bukan sahaja menambahkan keunikan, tapi juga membawa rasa yang autentik dan memikat. Memang tak sia-sia langsung cuba resepi ni. Kalau anda nak rasai pengalaman makan nasi kerabu yang sebenar, wajib cuba resepi nasi kerabu bunga telang ni!

 

Resepi Nasi Kerabu

Untuk membuat Nasi Kerabu yang enak, adalah penting memastikan semua bahan, terutamanya ulam-ulaman, mencukupi. Antara ulam-ulaman yang biasa digunakan termasuklah:

  • Daun Samok
  • Timun Batang
  • Taugeh
  • Kacang Panjang
  • Bunga Kantan
  • Daun Mata Ayam
  • Daun Kesum

Pastikan semua bahan ini segar untuk mendapatkan rasa yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh menambah ulam-ulam lain yang sesuai mengikut selera anda.

 

  • Nasi Biru Bunga Telang

Bahan-bahan:

Bunga telang
Daun limau purut
Nasi

Cara Penyediaan:

Ambil beberapa helai bunga telang dan perah untuk mendapatkan jusnya.
Masak nasi seperti biasa dan campurkan jus bunga telang tadi ke dalamnya.
Tambahkan daun limau purut untuk memberikan aroma yang harum kepada nasi.

 

  • Solok Lada

Bahan-bahan:

  • Lada hijau (dibelah dan dibuang biji)
  • Ikan mentah (asingkan isi dan tulangnya)
  • Kelapa parut putih
  • Lada hitam
  • Halia
  • Bawang merah
  • Garam
  • Gula
  • Telur sebiji
  • Santan pekat
Cara Penyediaan:

Belah lada dan buang bijinya.
Ikan mentah dipotong dan diambil isinya. Tulangnya diasingkan.
Ambil kelapa parut dan ketepikan.
Dalam lesung, tumbuk lada hitam, halia, bawang merah, dan isi ikan hingga lumat. Tambahkan sedikit garam dan gula.
Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam mangkuk lain dan tambahkan kelapa parut sedikit demi sedikit (jangan terlalu banyak untuk mengekalkan rasa ikan).
Pecahkan sebiji telur dan campurkan ke dalam adunan isi ikan dan kelapa.
Masukkan campuran ini ke dalam lada yang telah dibelah.
Letakkan santan pekat dan masak dengan api kecil sehingga masak sempurna.

 

  • Tumis Nasi Kerabu

Bahan-bahan:

Cili kering (dikisar)
Halia
Belacan
Serai
Santan
Budu (2 sudu)
Asam keping
Gula
Garam

 

Cara Penyediaan:

Kisar cili kering, halia, belacan, dan serai hingga halus.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing.
Masukkan santan, serai yang telah diketuk, budu, dan asam keping. Kacau sehingga pecah minyak.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

 

  • Kelapa untuk Nasi Kerabu

Bahan-Bahan:

Kelapa parut
Bawang, serai, dan halia (diblend tanpa air)
Isi ikan rebus (dibuang tulang)
Gula dan garam
Gula Melaka / nisan (jika inginkan warna gelap)

 

Cara Penyediaan:

Goreng kelapa hingga suku masak.
Blend bawang, serai, dan halia tanpa air.
Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam kelapa yang digoreng separuh masak, kemudian masukkan isi ikan rebus yang telah dibuang tulangnya.
Goreng lagi sehingga kelapa menjadi agak garing dan perasakan dengan gula serta garam.
Jika inginkan sambal kelapa berwarna gelap seperti di kedai, boleh tambah gula Melaka atau nisan.

 

  • Ayam/Daging/Kambing Bakar

Bahan-Bahan:

Halia, lengkuas, cili kering, bawang putih, bawang merah
Jintan manis, jintan putih, serai, gula dan garam
Ayam, daging, atau kambing (pilihan)

 

Cara Penyediaan:

Blend halia, lengkuas, cili kering, bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih, serai, gula dan garam.
Gaulkan bahan yang diblend bersama ayam, daging atau kambing pilihan.
Untuk mendapatkan ayam/daging bakar yang berkilat, lebihkan sedikit gula dan seimbangkan rasa manis dan masin. Bakar sehingga masak sepenuhnya.

 

  • Air Lada untuk Nasi Kerabu

Bahan-Bahan:

Cili, bawang putih jeruk
Cuka, garam dan gula

 

Cara Penyediaan:

Blend cili, bawang putih jeruk, cuka, garam dan gula hingga halus.
Siap untuk dihidangkan.

 

  • Budu untuk Nasi Kerabu

Bahan-Bahan:

Budu
Air
Asam keping
Gula Melaka
Serai dan daun limau nipis

 

Cara Penyediaan:

Masukkan budu ke dalam periuk.
Campur sedikit air, asam keping, dan gula Melaka.
Masukkan serai dan daun limau nipis.
Pastikan budu mempunyai rasa sedikit masin supaya sesuai dengan rasa sambal lada yang masam, kelapa ikan yang manis dan masin secukupnya.

 

Setelah semua bahan sampingan siap, barulah nasi kerabu boleh dihidangkan. Walaupun banyak bahan dan langkah yang diperlukan, memastikan semuanya disediakan sendiri akan memberikan kepuasan yang tiada tandingan. Selamat mencuba dan menikmati hidangan!

 

Sumber:

 

Baca Resepi Lain:

Leave a Comment