Resepi Nasi Goreng Cina Simple tapi sedap

Tahukah anda, ada satu rahsia yang belum pernah terungkap tentang resepi Nasi Goreng Cina? Gabungan bahan-bahannya bukan hanya tentang warna dan rasa, tapi ada sesuatu yang lebih dari itu.

Persiapkan diri anda, kerana kami akan membuka rahasia tentang bagaimana untuk menyediakannya, langkah demi langkah. Mari belajar Resepi Nasi Goreng Cina bersama-sama!

Resepi Nasi Goreng Cina

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Nasi Goreng Cina yang gerenti sedap macam makan di Restoran!

 

Bayangkan dentingan sudu terhadap kuali panas, aroma yang menggoda memenuhi ruang dapur, dan kilauan minyak yang meluncur di antara butir-butir nasi putih yang garing. Ketahuilah, tersembunyi di antara rimbunan rempah dan sayur-sayuran, terdapat sebuah resepi yang bukan saja memikat hati tetapi juga menggugat deria rasa. Resepi Nasi Goreng Cina, sebuah mahakarya perpaduan cita rasa yang telah mengukir senyuman kepuasan pada berjuta-juta jiwa.

Mari kita bersama-sama mengungkap tirai misteri di sebalik setiap biji nasi yang digoreng sempurna, dicampuradukkan bersama haruman bawang putih yang menari-nari dan kepingan udang yang segar, tidak lupa sentuhan akhir daun bawang yang membuahkan aroma yang akan mengundang tanda tanya.

Resepi Nasi Goreng Cina

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2 biji telur
  • isi ayam, hiris nipis
  • isi udang
  • sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
  • lada sulah
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh):
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

 

Bahan untuk hiasan:

    • bawang goreng
    • hirisan daun bawang
    • hirisan cili
    • timun
    • sambal belacan

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
  3. Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
  4. Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
  5. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.

 

Tip Masakan:
  • Jangan gunakan nasi yang baru masak untuk nasik goreng kerana ia akan melekat semasa digoreng. Nasi yang paling sesuai ialah nasi sejuk. Kalau tak ada nasi sejuk, pastikan nasi yang di masak itu disejukkan betul-betul barulah boleh digunakan untuk masak nasi goreng. Letak di bawah kipas dahulu untuk sejukkan nasi.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Lain Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina merupakan salah satu resepi nasi goreng dan kaedah memasaknya yang ringkas dan mudah menjadikan hidangan ini menjadi pilihan ramai orang. Ia juga antara nasi goreng kegemaran kanak-kanak kerana ia tidak pedas. Nasi goreng cina ini selalunya dimasak dengan hanya bawang putih, ikan bilis atau telur. Jelas sekali, menambah minyak bijan menjadikan hidangan ini lebih lazat.

 

Bahan-bahan:
  • Nasi secukupnya
  • 5 ulas (besar) bawang putih – cincang halus
  • 2-3 sudu makan serbuk cukup rasa
  • 1-2 sudu makan minyak bijan 
  • Udang segar secukupnya
  • 4-5 biji telur
  • 1 mangkuk sayur campur
  • Minyak masak secukupnya (jumlah bahan bergantung pada nasi. Lebihkan jika guna nasi banyak)

 

Cara Penyediaan:
  • Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sampai naik bau dan sedikit garing.
  • Kemudian masukkan udang segar. Gaul dan biarkan udang masak seketika.
  • Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sedikit untuk jadikan telur masak elok. Kemudian kacau untuk hancurkan telur.
  • Bila telur sudah masak sempurna, masukkan nasi yang telah direlaikan dan juga sayur campur. Gaul rata hingga semua bahan sebati.
  • Seterusnya taburkan serbuk cukup rasa. Kacau seketika supaya perasa bergaul sempurna.
  • Masukkan minyak bjian dan kacau lagi.
  • Rasa nasi. Jika belum cukup perasanya, boleh tambah serbuk cukup rasa dan juga minyak boleh. Jumlahnya boleh ubah suai ikut cita rasa masing-masing.
  • Nasi Goreng Cina sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga.
Sumber:

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment