Resepi Nasi Dagang: Resepi Asli Terengganu yang pasti menggoda selera!

Mari kita pelajari resepi Nasi Dagang yang asli dari Terengganu yang pasti sedap dan menggoda selera ramai orang.

Resepi Nasi Dagang

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Nasi Dagang: Resepi Asli Terengganu yang pasti menggoda selera

 

Nasi Dagang merupakan salah satu daripada hidangan tradisional yang sangat terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Terengganu dan Kelantan. Hidangan ini terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan, disajikan bersama gulai ikan dan pelbagai tambahan lain seperti acar timun dan lobak merah. Selain itu, nasi dagang juga dikenali sebagai sarapan pagi yang popular di kalangan penduduk di negeri-negeri Pantai Timur tersebut.

Sejarah asal usulnya yang kaya menjelaskan mengapa ia menjadi sebahagian daripada identiti budaya dan gastronomi di Malaysia, di mana nasi dagang pada mulanya dijual dan ditukar sebagai barang dagangan, menyebabkannya mendapat namanya “nasi dagang” atau “nasi pedagang” yang simbolik dengan kegiatan perdagangan di masa lampau.

 

Resepi Nasi Dagang

  • Masa Penyediaan: 8-9 jam
  • Masa Memasak: 50 minit
  • Jumlah Hidangan: 7-8 orang makan
Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk nasi dagang
    • 4 cawan /800g beras wangi
    • 1 cawan /200g beras pulut
    • 2 cawan santan pekat
    • 2 cawan santan cair
    • 1 1/2 sudu besar halba
    • 2 inci halia
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3-4 sudu kecil garam
    • 2 sudu besar gula

 

  • Bahan-bahan untuk acar timun:
    • 1 batang timun
    • 1/2 batang lobak merah
    • 1/2 bawang besar
    • 1 tangkai cili besar
    • 1 tangkai cili padi
    • Sedikit garam
    • 1-2 sudu besar gula
    • Cuka makan

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk acar timun:
    1. Timun potong memanjang (macam mancis) dan buang bahagian tengah / biji.
    2. Lobak merah, buang kulit dan potong mancis (boleh parut kalau suka).
    3. Hiris nipis bawang besar, cili merah dan cili hijau.
    4. Masukkan kesemua bahan potong dalam mangkuk.
    5. Perasakan dengan gula, garam dan cuka makan.
    6. Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk.

 

  • Cara-cara untuk nasi:
    1. Halia potong halus macam mancis, guna halia muda sebab lebih sedap tapi tak wajib, nak guna yang tua pun boleh.
    2. Hiris nipis bawang merah kecil.
    3. Campur beras wangi thai dan beras pulut (pilihan). Kalau dah guna beras wangi tak perlu tambah beras pulut tapi kalau guna beras biasa wajib tambah beras pulut.
    4. Basuh dan rendam beras anggaran 8-9 jam.
    5. Toskan air dan masuk beras dalam loyang pengukus. Boleh kalau nak alas beras dengan daun pisang.
    6. Buat lubang antara beras. Boleh buat satu lubang besar di tengah atau banyak-banyak lubang sekaligus.
    7. Bila air dalam periuk kukus dah panas, boleh masukkan loyang berisi beras tadi.
    8. Kukus anggaran 10 minit.
    9. Untuk santan pekat, perahan kelapa parut dengan 2 cawan air. Perah ambil santan dan bancuh dengan garam dan gula.
    10. Untuk santan cair, perah (perahan kedua dari kelapa parut yang sama) kelapa parut dengan 1 cawan air. Kalau takda santan cair boleh kukus nasi dengan air macam biasa dan tambah santan pekat atau santan kotak last sekali.
    11. Pindah nasi dalam bekas / mangkuk besar.
    12. Tuang masuk santan cair dan arungkan (kacau) sebati nasi.
    13. Tambah halba dan sambung arung.
    14. Bila nasi dah kering, masukkan balik nasi dalam loyang pengukus dan sambung kukus anggaran 20 minit.
    15. Selepas 20 minit, pindah semula nasi dalam mangkuk besar tadi
    16. Masukkan hirisan bawang, halia dan santan pekat. Arung sampai nasi kering dan serap semua lembapan dari santan.
    17. Pindah masuk nasi dalam bekas aluminium (untuk lambatkan nasi basi).
    18. Tekan dan ratakan permukaan nasi. Tutup dan biarkan nasi rehat anggaran 15-20 minit.
    19. Hidang bersama acar dan gulai ikan tongkol.

 

Rujukan video penyediaan Nasi Dagang:

 

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment