Resepi Nasi Briyani: Resepi warisan berpuluh tahun yang orang selalu guna

Adakah anda sudah siap untuk mengembara ke dalam dunia rempah-ratus yang akan membangkitkan deria rasa dan aroma memikat?

Mari bersama-sama kita selami rahsia di sebalik resepi Nasi Briyani yang autentik, menjanjikan pengalaman memasak yang akan mengubah sudut pandang anda terhadap masakan klasik ini!

Resepi Nasi Briyani

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Nasi Briyani: Ini tips yang padu & sempoi dari Chef terkenal!

 

Resepi Nasi Briyani bukan sekadar masakan, ia adalah perjalanan merentasi benua Asia, membawa bersama kisah-kisah lama dan tradisi yang kaya. Dalam setiap butir nasinya, terselit rasa kasih dan dedikasi, menjadikan hidangan ini lebih daripada sekadar makanan, ia adalah pengalaman yang menghubungkan kita dengan warisan dan kebudayaan yang mendalam.

Bersediakah anda untuk memulakan eksplorasi ini bersama kami, mengungkap rahasia di sebalik kelezatan Nasi Briyani yang tiada tolok bandingnya? Mari baca resepi dibawah.

Resepi Nasi Briyani Ayam

  • Masa Penyediaan: 45 – 50 minit
  • Masa Memasak: 50-55 minit
  • Jumlah Hidangan: 10-12 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk ayam briyani:
    • 1 ½ ekor ayam
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 2 sudu kecil garam
    • 2 senduk minyak gorengan ayam
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
    • 1 biji bawang besar
    • 2 helai daun pandan
    • 2 sudu besar bawang putih kisar
    • 2 sudu besar halia kisar
    • 5 sudu besar rempah briyani
    • 5 tangkai cili hijau besar
    • ½ cawan kismis goreng
    • 3 biji tomato
    • 2-3 sudu besar tomato puree
    • 4 sudu besar sos cili
    • 2 keping daun bay
    • 2-3 sudu besar yogurt asli
    • ½ cawan susu cair
    • 3 sudu besar bawang goreng
    • Garam secukup rasa
    • Daun ketumbar

 

  • Bahan-bahan nasi briyani:
    • 2 sudu besar minyak sapi
    • 2 sudu besar minyak masak
    • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
    • 1 sudu besar bawang putih kisar
    • 1 sudu besar halia kisar
    • 2 helai daun pandan
    • 1-2 biji tomato
    • 4 cawan beras
    • 5 cawan air
    • 1 sudu besar gula batu
    • Garam secukup rasa
    • ½ cawan kismis
    • 1 cawan susu cair
    • 2-3 senduk kuah ayam briyani
    • Pewarna oren & kuning
    • 2 sudu besar minyak sapi cair

 

  • Bahan-bahan acar mentah:
    • 1 batang timun
    • ½ -1 batang karot
    • 1 biji bawang besar
    • Cili padi
    • 2 potong nenas
    • 2-3 sudu besar jus limau
    • 2 sudu besar pati oren sunquick
    • 1 sudu besar gula
    • Sedikit garam

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk ayam briyani:
    1. Kisar halus bawang putih dengan sedikit air atau minyak diikuti dengan halia bawang merah, tomato, dan cili hijau. Kisar halus setiap bahan secara berasingan.
    2. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam, lalu perap seketika.
    3. Bancuh rempah briyani dengan air dan gaul sebati.
    4. Gaul sedikit garam pada hirisan nipis bawang merah dan goreng sehingga keperangan.
    5. Goreng kismis sekejap dalam anggaran masa 2-3 minit.
    6. Goreng perapan ayam sehingga separuh masak.
    7. Dengan gunakan minyak yang sama, masukkan minyak sapi, rempah 4 sekawan, hirisan bawang besar dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau.
    8. Tumis pes kisar halus bawang putih dan halia sehingga agak garing.
    9. Masukkan bancuhan rempah briyani, pes kisar cili hijau besar dan pes tomato.
    10. Masukkan ayam goreng, kismis goreng, tomato puree, sos cili, daun bay, yogurt asli, susu cair, bawang goreng dan garam secukup rasa.
    11. Masak kesemua bahan sehingga kuah ayam briyani menjadi pekat.
    12. Taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

 

  • Cara-cara untuk nasi briyani:
    1. Goreng gajus sehingga agak kekuningan.
    2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, lalu tumis rempah 4 sekawan, pes kisar bawang putih, pes kisar halia, daun pandan, tomato dadu dan beras basmathi.
    3. Masukkan daun bay, air, gula batu dan garam secukup. Kacau sehingga bahan sebati. Tutup sekejap sehingga agak kering.
    4. Tambah kismis dan susu cair, lalu masak sehingga kering.
    5. Tuang sedikit kuah ayam briyani dalam nasi.
    6. Tambah pewarna oren dan kuning, bawang goreng, gajus goreng dan daun ketumbar.
    7. Masak sehingga kering.
    8. Tuang minyak sapi yang telah dicairkan.

 

  • Cara-cara untuk acar mentah:
    1. Potong bahan-bahan acar.
    2. Masukkan jus limau, pati oren sunquick, gula dan sedikit garam.
    3. Kacau sebati dan tambah sedikit air jika perlu.
    4. Sejukkan sekejap dalam peti ais.

 

  • Cara-cara untuk Nasi Briyani Ayam:
    1. Goreng papadam sehingga masak.
    2. Hidangkan nasi briyani dengan ayam briyani, acar mentah dan papadam.

 

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Nasi Briyani Pakistan

  • Masa Penyediaan: 45 minit
  • Masa Memasak: 1 jam 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 8-9 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 biji tomato (kisar asing tomato)

 

  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • 1/2 ekor ayam (7 ketul)
    • 3 sudu besar rempah briyani
    • 3-4 sudu besar yoghurt asli
    • 1/2 sudu besar garam
    • 1/2 sudu kecil lada hitam

 

  • Bahan-bahan untuk digoreng:
    • 1 cawan gajus
    • 8-10 biji bawang merah kecil

 

  • Bahan-bahan untuk masakan ayam:
    • 2 cawan minyak masak
    • 1 biji bawang holland
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 batang kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 kuntum cengkih
    • 1 helai daun salam
    • 1 biji kentang
    • 8-10 biji cili padi atau 3-4 biji cili padi hijau
    • 1/2 mangkuk kismis/prune kering
    • 1 ikat daun ketumbar
    • garam secukup rasa
    • gula secukup rasa

 

  • Bahan-bahan untuk nasi:
    • 4 cawan beras basmathi, rendam 10 minit
    • 2 liter air
    • 1 batang kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2 biji buah pelaga
    • 1 kuntum cengkih
    • 1 helai daun salam
    • 1/2 sudu kecil lada hitam
    • garam (cukup sehingga air rasa masin)
    • sedikit minyak
    • 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air
    • ** RALAT: abaikan sukatan air 1/4 cawan di video
    • pewarna kuning untuk hiasan

 

  • Bahan-bahan untuk salad:
    • 1/2 biji bawang holland
    • 1 biji tomato
    • 1 batang timun
    • jus dari 1/2 biji lemon atau sedikit cuka makan
    • sedikit gula
    • secubit garam

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk ayam:
    1. Cincang kasar bawang putih dan halia.
    2. Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang holland.
    3. Potong kentang dan tomato kepada ketulan besar.
    4. Hiris kasar daun ketumbar dan daun pudina.
    5. Sediakan kismis atau prune kering, potong kecil-kecil kalau prunee kering.
    6. Bland bawang putih, halia dan air.
    7. Kisar halus tomato.
    8. Perap ayam dengan bawang putih dan halia yang telah dikisar, rempah briyani, yoghurt asli, garam, lada hitam dan gaul sebati.
    9. Perap ayam selama 1/2 jam.
    10. Panaskan kuali dan goreng gajus sehingga keperanggan kemudian angkat.
    11. Goreng pula kentang sehingga keperanggan dan kemudian angkat.
    12. Goreng bawang merah sehingga kekuniggan dan kemudian terus angkat.
    13. Keluarkan sedikit minyak dan mula menumis bawang holland.
    14. Masukkan minyak sapi, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan daun salam (daun bay).
    15. Bila bawang dah lembut dan semua bahan naik bau, masukkan ayam yang telah diperap.
    16. Tambah sedikit bawang goreng (jangan habiskan, simpan utk taburan).
    17. Masukkan tomato yang dikisar halus.
    18. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
    19. Masukkan cili padi hijau (dibuang tangkai dan belah hujung) , kentang, kismis atau prune kering, garam, sedikit hirisan daun ketumbar dan sedikit yogurt.
    20. Bila kuah dah pekat dan pecah minyak, masukkan gula dan tambah air kalau kuah kering sangat.

 

  • Cara-cara untuk nasi:
    1. Rendam beras basmathi selama 10 minit dan tapis.
    2. Panaskan air, masukkan rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih), daun salam, lada hitam dan garam.
    3. Masukkan beras dan masak sehingga mendidih (dalam 70 % masak).
    4. Tapis air.
    5. Tuang sedikit minyak ke atas beras (supaya tak melekat) dan ratakan.
    6. Bahagi nasi kepada 3 bahagian dan ayam dua bahagian.
    7. Susun mengikut urutan beriku:
    8. Pertama masukkan nasi kedalam kuali @ rice cooker dan ratakan.
    9. Kedua masukkan ayam dan kuahnya sekali.
    10. Ketiga masukkan nasi dan ratakan.
    11. Keempat masukkan ayam beserta kuahnya, bawang goreng hirisan daun ketumbar.
    12. Dan lapisan terakhir tuang kesemua nasi dan tabur lagi bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.
    13. Tuang sedikit minyak.
    14. Titik sedikit pewarna kuning @ saffron.
    15. Tuang susu cair yang telah dicampur dengan air.
    16. Tutup denga penutup yang telah dibalut dengan towel atau kain.
    17. Masak sehingga 15-20 minit atau sehingga nasi masak.
    18. Bila nasi dah masak, tutup api dan rehatkan 1/2 jam dengan penutup (jangan kacau lagi waktu ni).
    19. Kalau nasi masih keras sikit, boleh tambah sikit lagi air dan sambung masak.
    20. Geburkan nasi dan taburkan dengan kacang gajus dan hirisan daun ketumbar.

 

  • Cara-cara untuk salad:
    1. Potong dadu kecil bawang holland, tomato (buang bahagian biji tengah), timun (buang bahagian biji tengah).
    2. Perah jus lemon dan tuang kedalam salad.
    3. Masukkan juga gula, serbuk lada hitam dan garam.
    4. Kalau nak tambah minyak zaitun pon boleh.
    5. Gaul sebati dan masukkan kedalam peti sejuk sebelum dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Tip nak tau nasi dah masak ke belum, bila nasi lembut dan kembang dan wap keluar banyak.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber: Che Nom

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment