Resepi Mee Jawa: Tips mudah untuh kuat pekat dan padu!

Bayangkan kehangatan sebuah mangkuk Mee Jawa yang sempurna, aroma yang membangkit selera dan rasanya yang tiada tandingan.

Mari kita selam ke dalam dunia Resepi Mee Jawa, di mana setiap suapan adalah cerita, dan setiap rasa adalah sebuah petualangan. Bersiaplah, kerana ini bukan sekadar belajar membuat Mee Jawa, ini tentang mencipta kenangan.

Resepi Mee Jawa

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Mee Jawa: Tips untuk kuah pekat dan confirm memikat!

 

Pernahkah anda membayangkan, dalam satu gigitan, semua kenangan dan nostalgia bermain-main di lidah, menghidupkan kembali kenangan lama yang tersimpan dalam ingatan? Inilah saatnya untuk menggali lebih dalam tentang resepi Mee Jawa, sebuah hidangan yang tak hanya memanjakan perut, tetapi juga menghangatkan hati dengan cerita dan tradisinya yang kaya.

Resepi Pertama Mee Jawa

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 20 orang

 

Bahan-bahan:
  • 2 paket mee kuning
  • minyak untuk menumis, anggaran 1/2 mangkuk
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • air rebusan daging
  • 3 ketul keledek, rebus dan tumbuk atau kisar halus
  • 1 ketul kiub daging atau kiub ayam
  • garam dan gula secukup rasa

 

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 6 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 batang serai, hiris nipis
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 2 sudu besar udang kering

 

  • Bahan-bahan untuk taburan (condiment):
    • daging yang direbus, hiris nipis
    • telur rebus
    • taugeh, celur
    • daun bawang, hiris hiris
    • daun sup, hiris nipis
    • bawang goreng
    • cili merah, hiris nipis
    • limau nipis
    • tauhu goreng, hiris nipis

 

Cara Penyediaan:
  1. Celur mee kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak terlalu melekat bila sejuk nanti.
  2. Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti.
  3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
  4. Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
  5. Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Mee hanya perlu dicelur seketika supaya tidak lembik bila dihidangkan bersama kuah mee jawa nanti.
  • Selepas dicelur, taburkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak melekat apabila sejuk.

Resepi Kedua Mee Jawa

Bahan-bahan:
  • 1 kilo mi kuning – celur
  • 2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan kisar
  • 1 cawan udang kering – goreng dan kisar
  • 1 cawan udang hidup – rebus dan kisar
  • 5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
  • Minyak untuk tumis
  • Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau

 

Bahan kisar (A)
  • 15 tangkai cili kering – kisar
  • 5 ulas bawang putih – kisar
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 1 inci halia – blend
  • Sikit belacan – bakar

 

Bahan hiasan:
  • Telur rebus – potong separuh
  • Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecil-kecil
  • Cili hijau dan cili merah dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun saderi dan daun bawang, dihiris
  • Taugeh – celur
  • Limau kasturi – belah

 

Cara Penyediaan:
  • Rebus keledek sampai empuk.
  • Kisar keledek hingga halus.

  • Kisar cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.
  • Kisar udang kering dan udang hidup.

 

  • Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah kisar dalam bahan kisar (A) sampai naik bau.

 

  • Masukkan udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati.

 

  • Masukkan gula Melaka.

 

  • Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih, masukkan keledek yang dah dikisar.

 

  • Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tambahkan je air.
  • Akhir sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya Kuah mee jawa ni agak manis sikit. Adjust ikut cita rasa anda.

 

Cara menghidang:
  • Masukkan mee yang dah kita celur tu dalam mangkuk. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.
  • Curahkan satu atau dua senduk kuah atas mee. Letak telur rebus yang dah dipotong atasnya. Akhir sekali tabur daun saderi dengan daun bawang. Letak  limau kasturi. Dah boleh hiding.
Sumber:

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment